Tarikh Mula Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

2
18

Satu Maklumat telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk disebarkan bekenaan tarikh mula persekolahan yang ditangguh seminggu kerana member peluang persediaan mangsa banjir. Sebaran telah dibuat di media massa dan akhbar tempatan. Maklumat tersebut adalah seperti dibawah :

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

“Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan Penangguhan ini, Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 ( ahad ) manakala negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 ( isnin )

Tarikh Buka Sekolah 2015

  • Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ¬†11 Januari 2015 ( ahad )
  • Negeri-negeri lain 12 Januari 2015 ( Isnin )

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

  1. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
  2. Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Sumber : KPM

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

2 COMMENTS

  1. Bilakah tarikh pendaftaran kolej vokasional bagi tahun 2015 ?
    Bilakah keputusan kelulusan masuk ke kolej vokasional bagi tahun 2015 ?

Apa Komen Anda :