- USM
Info ringkas ini bagi memaklumkan tarikh semakan untuk temuduga permohonan ke USM untuk kemasukan 2012 ini. Bekenaan dengan temuduga USM ini, kami banyak menerima soalan bila keputusan dan temuduga akan dibuat. Untuk pengetahuan, temuduga untuk ke USM akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagi calon lepasan Peperiksaan Awam sebelum ini yang telah memohon ke USM melalui Permohonan Online Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia USM 2012/2013 sebelum ini, tarikh keputusan untuk panggilan temuduga telah dikeluarkan mengikut yang dirancangkan iaitu pada Isnin (23 April 2012). Semakan panggilan temuduga boleh disemak melalui Pohon@USM mulai jam 2.00 petang.
Tarikh temuduga
Untuk pengetahuan, tidak semua permohonan akan dipanggil temuduga, permohonan yang mempunyai temuduga akan dipanggil melalui semakan yang disediakan.
Jika tidak mengalami perubahan, temuduga akan dilaksanakan pada 2 – 10 Mei 2012. Namun demikian ia mungkin mengalami sedikit perubahan. Lokasi dan tarikh temuduga sebenar adalah akan dinyatakan pada keputusan semakan online panggilan temuduga yang terdapat pada Pohon@USM pada 23 April 2012 nanti.
Diharapkan kesemua calon yang diterima temuduga nanti bersedia untuk menghadapi temuduga termasuk aspek-aspek penting seperti personaliti serta pengetahuan supaya permohonan ke USM akan berjaya.
salam. alhamdulillah sy dipanggil temuduga bg course doktor perubatan (2 mei ). sy nk tny bentuk2 soalan or soalan lazim yg biase ditny semase interview medik usm ni? terima kasih 🙂