“Ketika dirumah ibu bapalah guru, ketika disekolah pendidik adalah guru”
Kini ibu bapa sudah fahami bertapa sukarnya hendak menjadi pendidik. Selama ini kita hanya tahu untuk membuat aduan sahaja guru garang dan sebagainya kini, mereka rasai sendiri kepayahan untuk menjadi seorang pendidik. Hal ini disebabkan guru adalah pelita yang membakar diri untuk menerangi kegelapan setiap pelajar.
Tarikh Pembukaan Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Di dalam keterujaan, ibu bapa perlu mengambiltahu akan tarikh-tarikh penting pembukaan sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya bagi memastikan anak-anak tidak terlepas untuk menghadirkan diri ke sekolah.
Antara tarikh penting pembukaan sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah seperti berikut:-
1) Murid sekolah rendah
a) Pra sekolah, tahun 1 dan tahun 2 tarikh persekolahan akan bermula pada 1 Mac 2021
Tujuan KPM memberi tarikh persekolahan awal bagi murid pra sekolah, tahun 1 dan 2 adalah bagi menyesuaikan diri mereka dengan keadaan persekitaran sekolah. Hal ini disebabkan oleh mereka terlalu lama belajar di rumah tanpa merasai suasana sebenar di sekolah.
Selain itu, pihak KPM juga mahu murid-murid ini faham dan patuhi akan Standard Operation Practise (SOP) yang bakal disediakan oleh pihak sekolah.
b) Tahun 3 sehingga tahun 6 akan bermula pada 8 Mac 2021
Pelajar tahun 3 sehingga tahun 6 sudah boleh fahami akan SOP yang perlu mereka ikuti. Justeru itu, mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap arahan yang bakal guru-guru berikan.
Pada masa yang sama juga, murid tahun 3 sehingga 6 juga sudah terbiasa akan suasana persekolahan sebelum ini. Jadi, ianya bukanlah satu masalah besar untuk mereka menyesuaikan diri dengan norma baharu persekolahan.
2) Pelajar Sekolah Menengah
Semua pelajar Sekolah Menengah bakal mengikuti sesi persekolahan bermula 4 April bagi Kumpulan A dan 5 April bagi Kumpulan B.
“Kumpulan A bagi Negeri Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan”
“Kumpulan B adalah bagi Negeri selain daripada 4 Negeri ini”
Pihak KPM melewatkan sedikit tarikh pembelajaran pelajar sekolah menengah secarra bersemuka kerana bagi memberi ruang kepada calon SPM 2020 menduduki peperiksaan mereka pada 22 Februari 2021 ini. Pada masa yang sama, pihak sekolah perlu menggunakan banyak kelas bagi mengikuti SOP yang sebenar.
Justeru itu, pilihan untuk pembelajaran secara bersemuka bagi pelajar sekolah menengah dilanjutkan adalah pilihan yang terbaik daripada pihak kementerian.
*** Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan SPM kepada Calon SPM 2020 ***
“Kejayaan datang apabila anda redha setelah berusaha untuk berjaya”
Ikuti formula kehidupan yang sering kali kita dengari iaitu formula “DUIT”
D : Doa kepada ALLAH setelah melakukannya
U : Usaha sebelum mengalah
I : Iktiar setelah melakukannya
T : Tawakal kepada ALLAH setelah anda sudah berdoa, usaha dan iktiar untuk berjaya
***Tiada kejayaan tanpa kesakitan, indahnya kejayaan setelah mengharungi kesakitan***
“SPM hanya satu tiket untuk memasuki ke bidang yang diingini TETAPI sekiranya gagal jangan kecewa kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat setiap insan”
NOTA RINGKAS!!!
Sesi persekolahan secara bersemuka bagi pelajar sekolah Menegah bakal bermula selepas cuti penggal berakhir. Tarikh cuti penggal bermula pada 26/ 27 Mac 2021 sehingga 3/ 4 April 2021.
3) Kolej Vokasional
a) Pelajar sijil vokasional Malaysia Tahun 1 (Sem 2) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Sem 2) bakal bermula pada 1 Mac
b) Semua Peringkat bagi pelajar Kolej Vokasional adalah pada 8 Mac 2021
4) Sekolah Rendah/ Menegah Swasta yang berdaftar dengan KPM
Tarikh kemasukan pelajar sekolah rendah/ Menegah Swasta yang berdaftara dengan pihak KPM tarikh pembukaan sekolah adalah sama dengan pelajar sekolah dibawah kerajaan.
5) Pusat Tuisyen
Semua pusat-pusat tuisyen boleh dibuka pada 8 Mac 2021. Hal ini bagi membolehkan para guru dipusat tuisyen membuat persediaan untuk mengajar anak-anak tuisyen mereka mengikut SOP yang telah disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Segala SOP WAJIB dipatuhi bagi mengelakkan penularan virus COVID -19 ini menular dalam kalangan pelajar.
Akhir kata, walaupun vaksin COVID -19 ini sudah hampir sampai ke Malaysia tetapi selagi belum 80% dalam kalangan masyarakat mendapatkan vaksin COVID -19 ini maka kita belum menang. Justeru itu, kita WAJIB mengikuti segala SOP yang disediakan agar vairus ini tidak menular dalam kalangan masyarakat lagi.