Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Selepas PKP 2.0

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tarikh pembukaan semula sekolah selepas PKP 2.0

Pasti ramai ibu bapa yang susah hati berkenaan dengan tarikh pembukaan semula sekolah selepas PKP 2.0 ini. Walaupun anak-anak sudah terlebih teruja kerana sekolah bakal dibuka tetapi mereka perlu menerima kenyataan bahawa mereka perlu belajar di rumah lagi.

Hal ini disebabkan terdapat beberapa buah Negeri yang perlu ikuti Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Justeru itu, tarikh pembukaan semula sekolah selepas PKP 2.0 akan berubah.

Antara Negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Negeri yang terlibat adalah:-

  • Selangor
  • Sabah
  • Johor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Melaka
  • Pulau Pinang

Manakalah, Negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) adalah negeri:-

  • Pahang
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan

Seterusnya, dua Negeri yang akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan adalah Negeri:-

  • Perlis
  • Sarawak
“Tarikh tamat bagi PKPB dan PKPP adalah sama seperti PKP bagi negeri yang terlibat dengan PKP”

Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Selepas PKP 2.0

Pembukaan semula sekolah selepas PKP 2.0

Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Selepas PKP 2.0 1

Disebabkan terdapat 3 pecahan Perintah Kawalan Pergerakkan maka pihak Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) telah memecahkan pengoperasian institusi pendidikan mengikut kawasan 3 pecahan tersebut dan setiap satu kawasan mempunyai masa pengoperasian yang berbeza-beza.

Tarikh pembukaan semula sekolah selepas PKP 2.0 mengikut kawasan:

  1. Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  2. Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB)
  3. Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP)

Bagi pelajar Sekolah Menengah yang bakal menduduki peperiksaan seperti:-

  • Pelajar Tingkatan 5 (2020,2021)
  • Pelajar Tingkatan 6 (2020,2021)
  • Pelajar Sijil Vokasional (SVM) / Diploma Vokasional (DVM) Semester 4 (2020)
  • Sekolah Swasta/ Antarabangsa (KELAS PEPERIKSAAN SAHAJA)
    Tadika Swasta
“Bagi pelajar yang tinggal di asrama, surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah”

Mereka yang berada dikawasan PKP akan menghadirkan diri ke sekolah secara bersemuka TETAPI bagi mereka yang bakal menduduki PEPERIKSAAN SAHAJA. Tarikh pembukaan sekolah adalah sama iaitu pada 20 Januari 2021. Walaupun, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dibenarkan ke sekolah TETAPI mereka WAJIB mengikut segala Garis Panduan yang telah disediaka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara Garis panduan yang WAJIB diikuti adalah:-

  • Penjarakkan sosial di sekolah
  • Penggunaan pelitup hidung dan mulut
  • Kerap mencuci tangan dan ELAKKAN memegang kawasan muka
Info Tambahan :  Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021

“Bagi guru yang mahu melaksanakan kelas tambahan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan adalah dibenarkan walaupun mereka berada dikawasan PKP”

Bagi kategori pelajar yang tidak menduduki peperiksaan di kawasan PKP, mereka akan meneruskan pembelajaran secara atas talian. Bermaksud mereka akan belajar di rumah seperti dahulu sehingga tarikh PKP diumumkan tamat secara rasmi.

“Sesi persekolahan di kawasan PKP akan bermula seawal seminggu setelah PKP di istiharkan tamat oleh Perdana Menteri Malaysia”

Manakala, bagi pelajar yang berada dikasawan PKPB dan PKPP mereka dibenarkan untuk menghadirkan diri ke sekolah dan menerima pembelajaran secara bersemuka di sekolah, TIDAK KIRA :-

  • Pelajar sekolah rendah,
  • Pelajar Menengah (Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6)
  • Pelajar Sijil Vokasional (SVM) / Diploma Vokasional (DVM) Semester 2 dan 4 (2020)
  • Sekolah Swasta/ Antarabangsa
  • Tadika Swasta

Tarikh permulaan persekolahan adalah sama seperti tarikh penjadualan takwim sekolah iaitu pada 20 Januari 2021.

“Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan belajar secara atas talian/ di rumah sehingga 7 Mac 2021 dan akan menghadirkan diri ke sekolah pada 8 Mac 2021”

Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 lambat menghadirkan diri ke sekolah bagi memberi laluan kepada pelajar SPM pada tahun 2020 untuk belajar. Justeru itu, pihak KPM mengambil satu langkah kehadapan untuk memastikan pelajar atau calon SPM 2020 mendapat keselesaan semasa pembelajaran dan tidak berasa down ketika berada di sekolah.

Bagi pengajar yang berada di kampung kerana cuti sekolah pada akhir tahun lepas, pihak sekolah akan mengeluarkan surat untuk memudahkan pergerakan guru di kawasan PKP, PKPB, PKPP. Surat ini merupakan surat kebenaran para guru merentas negeri atau daerah.

Info Tambahan :  Biasiswa Tunku Abdul Rahman Scholarship (BTAR) 2021

PERHATIAN!!!
Bagi kawasan PKP, Pusat tuisyen TIDAK dibenarkan beroperasi bagi mengelakkan berlakunya penyebaran virus COVID -19 in.

Sementara itu, bagi pelajar Matrikulasi yang berada di kawasan PKP mereka perlu berada di kolej masing-masing bagi mengikuti pembelajaran secara hibrid. Bagi pelajar Institusi Pengajian Guru (IPG), di kawasan PKP pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksanakan secara atas talian mulai 17 Januari 2021.

Banyak dugaan yang perlu pelajar SPM, STPM, STAM, SVM, DVM hadapi bagi mendapatkan segulung sijil. Justeru itu, sebagai pelajar mereka harus lebih cekal dan kuat bagi memastikan segala dugaan yang merek hadapi ini terbalas dengan kejayaan.

Rujukan:-

1) http://www.pmo.gov.my › 2021/01 › per… Web results Perutusan Khas Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka

2)https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.moe.gov.my/muat-turun/teks-ucapan-dan-slide/tu2020/3831-teks-ucapan-sidang-media-ybmk-pengoperasian-institusi-pendidikan-di-bawah-kpm-serta-peperiksaan-awam-tahun-2020&ved=2ahUKEwil3crivZfuAhWJ6XMBHVJuAmoQFjAAegQIAxAC&usg=AOvVaw0UFYqIZ8thWkvmGpLqJn3D

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments