Semua sudah ketahui bahawa permohonan UPUOnline sesi akademik 2021/ 2022 sudah dibuka. Dan pada sesi permohonan kali ini, TIADA bayaran proses UNIK ID dikenakan bagi permohonan kemasukan ke IPTA & ILKA. Disebabkan tiada bayaran proses UNIK ID, maka pemohon boleh terus melakukan pemilihan program pengajian UPUOnline.
“Teruskan melangkah untuk mencapai impian yang di ingini”
Tarikh Pemilihan Program Pengajian UPUOnline
Tarikh pemilihan program pengajian UPUOnline bagi sesi akademik 2021/ 2022 adalah pada 16 MAC 2021 (12 Tengah hari) sehingga 31 MAC 2021 (5 Petang).
Calon boleh melayari laman web Rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi. Menerusi laman web ini, calon boleh membuat pemilihan program pengajian UPUOnline yang dikehendakinya.
PERINGATAN!!!
Permohonan haruslah mengikut kelayakan keputusan calon, ELAKKAN memohon program yang anda TIDAK layak ianya bagi memastikan anda TIDAK kecewa kemudian hari.
Pemilihan program pengajian UPUOnline ini khas buat lepasan STPM, Asasi, dan STAM. Justeru itu, bagi calon lepasan SPM, Asasi, dan STAM jangan lepaskan peluang ini agar anda dapat mencapai impian anda.
Setelah selesai melakukan pemilihan program pengajian UPUOnline yang anda kehendak. Sekiranya, anda memilih program yang ada temu duga maka calon perlu bersiap sedia bagi menghadari temu duga tersebut. Selain daripada melakukan persiapan fizikal dan mental, calon juga WAJIB melakukan persiapan rohani bagi menantikan keputusan pemilihan program.
Urutan dalam doa yang boleh calon UPUOnline lakukan. Antara urutan dalam doa adalah seprti berikut:-
- Memuji Allah dan rasul
- Dimasukkan ke syurga dijauhkan dari neraka
- Meminta husnul kotimah, dan setiasa istiqomah dalam setiap perbuatan yang dilakukan
- Diampuni dosa kita serta orang tua yang bersusah payah menjaga dari kecil sehingga dewasa
- Diberkan hidayah
- Dijauhkan dari fitnah Dajal
- Diringankan masalah yang sedang dihadapi
- Bebas dari sebarang bebanan yang membebankan diri
“Amalkan urutan meminta doa ini BUKAN sahaja semasa mahu memohon UPU tetapi walau dimana jua anda berada”
Faktor permohonan UPU Ditolak atau Diterima
Terdapat pelbagai faktor mengapa permohonan UPU anda ditolak walaupun anda LAYAK dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini disebabkan beberapa faktor penyebab pemohonan anda ditolak.
Antara faktor penyebabnya adalah disebabkan oleh:-
1) Calon TIDAK menekan butang hantar semasa membuat permohonan
Calon DINASIHATKAN agar sentiasa peka akan butang yang ada di kawasan borang permohonan. Sekiranya anda TIDAK menekan butang permohonan, cemerlang mana anda sekalipun, anda tidak akan dapat tawaran menyambung pengajian anda di peringkat yang lebih tinggi.
2) TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
Calon DINASIHATI membaca dahulu syarat khas setiap program yang dipohon agar anda LAYAK menempatkan diri anda di program yang dipohon. Bagi memastikan permohonan anda TIDAK ditolak maka teliti setiap satu syarat permohonan yang ada.
ELAKKAN memohon program disebakan oleh:-
- Program yang dipohon popular
- Mengikut kawan atau sahabat
- Mengikut kehendak keluarga
“Pilihan masa hadapan ada di tangan anda, anda yang memilih sama ada anda layak atau tidak akan sesuatu program itu”
3) Tiada kekosongan tempat terutamanya program kompetitif
Setiap satu program mempunyai kuota permohonan. Justeru itu, sekiranya kuota permohonan sudah penuh maka permohonan anda akan ditolak. Justeru itu, amatlah DINASIHATI agar memilih program mengikut KELAYAKKAN anda.
4) Gagal dalam saringan temu duga
Permohonan yang melibatkan temu duga biasanya merupakan salah satu bidang yang sukar. Justeru itu, sekiranya anda layak hadiri temu duga yang ada, bersedialah agar anda mampu melayakkan diri anda ke program yang anda kehendaki.
“PASTIKAN diri sentiasa berkeyakinan ketika menghadiri temu duga agar penemuduga tertaik akan kebolehan anda”
5) Kedudukan mata merit rendah
Mata merit merupakan salah satu perkara penting yang WAJIB calon lepasa dalam pemilihan program.
Justeru itu, sebelum memilih sesuatu program itu PASTIKAN mata merit calon mencukupi agar permohonan anda TIDAK mudah untuk ditolak. Selain itu, pastikan anda sudah membaca semua syarat permohona program sebelum membuat pemilihan.