Tarikh Penting dan Aliran Kemasukan KV dan SM Teknik, Permohonan ke Kolej Vokasional ( KV ) dan SM Teknik 2016 masih dibuka dan ramai juga calon yang layak ingin memohon sementara sistem permohonan masih dibuka. Permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik ini akan ditutup pada 20 Disember 2015 ini.
Untuk makluman pelawat, disediakan carta alir permohonan serta tarikh penting proses permohonan supaya ia dapat membantu dalam membuat sebarang perancangan pendidikan pemohon.
Tarikh Penting Kemasukan KV dan SM Teknik 2016
Perkara | Tarikh |
Iklan dikeluarkan | 4/10/15 |
Permohonan online dibuka | 5/10/15 |
Proses oleh BPM | 21/12/15- 5/1/16 |
Sesi Temuduga dan pemilihan | 8-17/1/16 |
Semakan secara online | 18-25/1/16 |
Pendaftaran KV & SMT | 26/1/16 |
Pendaftaran gantian/ rayuan | 27/1- 29/2/16 |
Carta Alir Kemasukan KV dan SM Teknik 2016
Berikut ialah maklumat lanjut Permohonan :
Perkara | Maklumat Lanjut |
Permohonan | · Kolej Vokasional
· Sekolah Teknik |
Untuk pemohon | · Pelajar Tingkatan 3 tahun 2015
· Program asas Vokasional ( PAV ) · Aliran Perdana / Akademik/ Agama |
Tarikh Buka permohonan | · 5 Oktober 2015 |
Tarikh Tutup Permohonan | · 20 Disember 2015 |
Syarat Umum Permohonan | · Warganegara
· Tingkatan Tiga Tahun 2015 · Sihat dan Sesuai Fizikal · Bebas daripada Penyakit Kronik |
Syarat Khusus | · Lepasan Program asas Vokasional ( PAV )
· Lepasan PT 3 ( Perdana/ Akademik/ Agama ) |
Panduan Permohonan | · Lepasan Program asas Vokasional ( PAV ) |
Link Permohonan | · Lepasan Program asas Vokasional ( PAV ) |
Iklan Penuh Permohonan | · https://sptv.moe.gov.my/ |
Maklumat Lanjut | · Pemohon juga boleh ke Kolej Vokasional ( KV )dan Sekolah Teknik ( ST ) yang berdekatan untuk maklumat lanjut |
Memilih ke bidang kemahiran juga merupakan pilihan yang bijak kerana ilmu kemahiran mampu memberikan nilai tambah dalam mencari pekerjaan. Selain itu, individu berkemahiran mempunyai keupayaan untuk mewujudkan pekerjaan sendiri dan memaksimumkan keuntungan. Semoga berjaya dan dapat memenuhi matlamat masa depan masing-masing.