Lepasan STPM masih menanti debaran keputusan UPU lepasan STPM untuk kemasukan 2018/2019. Beberapa tarikh penting UPU perlu untuk lepasan STPM maklum supaya tidak ketinggalan info dan peristiwa penting kemasukan universiti.


Hebahan keputusan UPU lepasan STPM
Untuk masa terdekat ini akan ada hebahan keputusan kemasukan UPU untuk lepasan STPM, bagi pemohon sebelum ini pasti telah melalui proses ujian bertulis dan temuduga sesuai dengan keperluan kursus yang dipohon sebelum ini.
Berikut ialah tarikh penting Upu yang perlu anda maklum :
- 30 Jul ~ 05 Aug Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf
- 30 Jul ~ 05 Aug Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/ Setaraf Dibuka
- 06 ~ 12 Aug Permohonan UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup
- 20 ~ 26 Aug Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1
- 10 ~ 16 Sep Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2
Jika mengikut tarikh penting yang dikeluarkan UPU, hebahan keputusan UPU lepasan STPM akan mula boleh disemak antara 30 Julai dan 5 ogos. Kemungkinan besar semakan akan dibuka sekitar tarikh tersebut.
Sekiranya anda berjaya ditempatkan, bolehlah bersedia dengan menyediakan dokumen perlu pendaftaran dan membuat persiapan lain mendaftar pengajian.
Rayuan UPU Lepsan STPM
Pihak UPU juga menyediakan rayuan online serentak dengan tarikh buka semakan online UPU. Kebiasannya rayaun UPU akan dibuka selama 3-4 minggu dari tarikh semakan online dibuka. Rayaun pula jika mengikut sebelum ini boleh terus dibuat apabila jelas permohonan tidak berjaya. Kebiasannya akan ada butang rayuan sekiranya permohonan tidak berjaya.
Penukaran Tempat Pengajian
Pada asasnya, sebarang pertukaran tempat pengajian setelah semakan UPU dibuat adalah tidak dibenarkan. Hal ini kerana penempatan pelajar adalah selari dengan tempat yang disediakan. Perpindahan akan membuatkan masalah yang sukar bagi pihak penyelarasan.
Hebahan keputusan UPU lepsan STPM dibuat 2 kali iaitu melalui 2 fasa .
Apa yang peting, pemohon perlu lebih bersedia dan maklum dengan sebaran internet dan media offline berkaitan permohonan ini supaya tidak ketinggalan serta merugikan pemohon.