Keputusan Kemasukan UA telah diumumkan, setiap Universiti mempunyai tarikh pendaftaran yang berbeza. Tarikh penting pendaftaran dan orientasi Universiti berbeza mengikut pengurusan pihak universiti masing-masing.


Bagi yang berjaya, tempoh yang ada perlulah digunakan sebaiknya seperti melengkapkan dokumen perlu diproses untuk sesi pendaftaran nanti. Perkara penting seperti pengesahan dan pinjaman PTPTN perlu disegerakan sebelum mendaftar di Universiti yang telah ditetapkan. Kebiasaanya sesi pendaftaran akan berlangsung di setiap universiti dan diuruskan program melalui Majlis Perwakilan Pelajar MPP. Serentak itu juga pelajar akan didaftarkan kediaman masing-masing. Pengurusan selepas pendaftaran dan penginapan akan dibuat pada hari sama tetapi urusan lain seperti pendaftaran pakej subjek semester pertama akan dibuat semasa minggu orientasi.
Minggu orientasi Universiti
Kebiasaanya selepas mendaftar, pelajar tidak terus dilepaskan begitu sahaja. Majlis perwakilan pelajar akan mengadakan program orientasi untuk pelajar. Program orientasi akan membantu pelajar mengenal universiti, peraturan, pemarkahan, tips-tips universiti dan juga pendaftaran subjek semester pertama. Kebiasaanya orientasi akan memakan masa 3-7 hari bergantung pada ketetapan pihak universiti.
Tarikh penting pendaftraan dan orientasi
Bagi yang ingin membuat perancangan, berikut adalah maklumat yang diterima dari page rasmi UPU berkaitan tarik penting pendaftaran setiap universiti dan minggu orientasi.
BIL | UNIVERSITI | TARIKH PENDAFTARAN | TARIKH ORIENTASI |
1 | UKM | 26 OGOS 2017 | 26-29/8/2017 |
2 | UMP | 26 OGOS 2017 | 27/8-2/9/2017 |
3 | UNIMAP | 26 OGOS 2017 | 26-29/8/2017 |
4 | UTHM | 4-Sep-17 | 4-7/9/2017 |
5 | UMS | 3-4/9/2017 | 4-10/9/2017 |
6 | USM | 3-Sep-17 | 3-10/9/2017 |
7 | UM | 3-Sep-17 | 3-8/9/2017 |
8 | UiTM | 3-Sep-17 | 4-8/9/2017 |
9 | UPNM | 3-Sep-17 | 3-8/9/2017 |
10 | UPSI | 4-Sep-17 | 4-7/9/2017 |
11 | UMK | 5-Sep-17 | 6-9/9/2017 |
12 | UNIMAS | 4-Sep-17 | 4-10/9/2017 |
13 | USIM | 4-Sep-17 | 4-9/9/2017 |
14 | UniSZA | 4-Sep-17 | 4-8/9/2017 |
15 | UTEM | 4-Sep-17 | 4-8/9/2017 |
16 | UTM | 4-Sep-17 | 4-9/9/2017 |
17 | UIAM | 5-Sep-17 | 5-11/9/2017 |
18 | UUM | 5-Sep-17 | 5-8/9/2017 |
19 | UMT | 5-Sep-17 | 5-7/9/2017 |
20 | UPM | 6-Sep-17 | 6-10/9/2017 |
Bersedia dengan pendidikan serba baru
Kehidupan di universiti adalah satu kelainan dari pembelajaran sebelum ini terutama yang bersekolah. Segalanya perlu banyak usaha dan peka dengan informasi yang ada supaya tidak ketinggalan. Walaupun pembelajaran agak sukar dan sibuk, masih banyak kelebihan dan kenangan manis yang bakal tercipta waktu anda berada di Universiti, anda pasti akan alaminya sendiri dan akan menjadi kenangan bila bekerja nanti. – sumberĀ
Selamat berjaya..