Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 Wajib Anda Tahu

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Musim permohonan UPU akan tiba tidak lama lagi, untuk tidak ketinggalan anda perlu tahu tarikh penting untuk permohonan UPU 2018 yang akan bermula febuari ini. Pengalaman lepas, masih ada pelajar yang tertinggal permohonan bila mula sedar apabila permohonan ditutup. Untuk pengetahuan, permohonan UPU ini dibuka cukup lama sehingga hampir 2 bulan untuk memberikan lebih masa untuk pemohon membuat permohonan.

Permohonan UPU 2018
Permohonan UPU 2018

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018

Untuk mengelakkan ketinggalan perkara-perkara yang bakal berlaku berkaitan permohonan UPU 2018 adalah baiknya anda simpan dan ingat tarikh penting yang dinyatakan dibawah bagi mengelakkan masalah. Jika ada rakan anda yang masih belum mengetahui tarikh penting, bantu mereka untuk sebarkan share artikel ini.

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

 

5 Februari :  Permohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA

9 April :  Jualan unik ID BSN DITUTUP

10 April :  Permohonan UPUOnline  DITUTUP

Arkib Peristiwa Tarikh Sebelumnya

9 Mei – 15 Mei : Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke  UA/Politeknik Premier

21 Jun – 27 Jun :  Hebahan Keputusan Permohonan  Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier

21 Jun – 27 Jun : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

21 Jun – 27 Jun : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

28 Jun – 31 Jun : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

11 Julai – 17 Julai: Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf

28 Jun – 31 Jun : Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf

18 Julai – 24 Julai : Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

12 Julai : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA

22 Julai : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

06 Sept – 12 Sept : Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf

06 Sept – 12 Sept : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf

13 Sept – 19 Sept : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

27 Aug – 31 Aug : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

17 Okt – 23 Okt : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf

Penting : Buat ketika ini, tarikh yang dipaparkan mungkin berubah kerana dari laman rasmi belum dikeluarkan. Namun demikian, tarikh permohonan dibuka dan penjualan ID adalah tepat dari laman rasmi UPU. Untuk tarikh lain masih lagi belum tepat.  Walaubagaimanapun demikian, maklumat yang dikongsi ini diharapkan dapat membantu pelajar membuat sebarang perancangan.

Permohonan UPU dan Pembellian Unik ID

Untuk pengetahuan, untuk membuat permohonan nanti perlulah membeli no unik ID, no unik ID boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional BSN berdekatan anda. No unik ID ini digunakan untuk mengakses permohonan dan membuat permohonan.

Buat pilihan dengan betul

Untuk tidak menyesal kemudian hari, pastikan anda bertanya dahulu mereka yang lebih berpengalaman dan profesional seperti guru dan kaunselor berkaitan pemilihan pengajian. Pemilihan pengajian di UPU juga perlu selaras dengan minat dan keupayaan akademik. Memilih pengajian kerana terpaksa atau kemahuan lain boleh membuatkan pengajian tidak menarik dan bermasalah.

4 thoughts on “Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 Wajib Anda Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *