Tarikh Penting Permohonan UPU 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tarikh penting permohonan UPU 2021

Walaupun pelajar SPM dan STPM/ setaraf masih belum menduduki peperiksaan tetapi mereka perlu ketahui juga tarikh penting permohonan UPU 2021. Hal ini bagi menaikkan lagi semangat mereka untuk belajar dengan lebih gigih dan mendapatkan bidang yang diingini.

“Kerana sesungguhnya kejayaan tanpa pembakar semangat juga mampu melemahkan kegigihan seorang pelajar. Justeru itu, jadikan tarikh-tarikh penting ini sebagai pembakar semangat para pelajar”

Tarikh Penting Permohonan UPU 2021

Tarikh penting permohonan UPU 2021

Tarikh penting permohonan UPU 2021 mempunuyai 4 fasa penting. Antara fasa penting bagi sesi kemasukan pada kali ini adalah:-

Info Tambahan :  TikTok Affiliate: Cara Daftar Dengan 0 Followers

1) Lepasan SPM

  • Fasa permohonan

Bagi fasa permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf ini tarikh permohonan bermula pada 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Sepanjang tarikh ini, para pelajar boleh membuat permohonan untuk memasuki sesi akademik ini tidak kira anda layak atau tidak. Tetapi, pelajar DISARANKAN untuk membaca dahulu SYARAT PERMOHONAN sesuatu program agar anda dapat memasuki program yang dikehendaki dan permohonan anda tidak ditolak.

***Unik ID mula dijual pada bulan Februari 2021 di BSN yang berdekatan anda***

Tarikh Jual Unik ID ditutup bagi lepasan SPM : 30 Mac 2021

Tarikh UPUOnline ditutup bagi lepasan SPM : 31 Mac 2021

  • Proses temuduga/ ujian

Proses temuduga/ ujian ini adalah bagi sesetengah program SAHAJA. Justeru itu, para pelajar yang memohon program yang melibatkan temuduga/ ujian perlu alert untuk tarikh temuduga/ ujian yang bakal anda tempuhi. Tarikh temuduga/ ujian adalah bermula April 2021 sehingga Jun 2021.

“Sepanjang bulan tersebut para pelajar WAJIB ketahui dan alert akan tarikh temuduga/ ujian. Setiap temuduga/ ujian yang dijalankan adalah berbeza waktu dan masanya”
  • Fasa Pengemaskinian

Tarikh pengemaskinian ini bermula 5

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

hari selepas keputusan SPM diumumkan. Walaupun, peperiksaan SPM belum bermula tetapi pelajar perlu alert akan tarikh tersebut agar mereka tidak terlepas tarikh ini. Pada masa pengemaskinian ini para pelajar boleh mengemaskini semula data yang belum dikemaskini semasa fasa permohonan. Pada fasa ini pelajar masih mempunyai peluang untuk menukar program mengikut kelayakkan keputusan yang diperolehi.

  • Tarikh Hebahan

Tarikh hebahan pengeluaran keputusan ini pada minggu ke-3 Julai 2021.

2) Lepasan STPM/ setaraf

  • Fasa permohonan

Bagi fasa permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf ini tarikh permohonan bermula pada 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Sepanjang tarikh ini, para pelajar boleh membuat permohonan untuk memasuki sesi akademik ini tidak kira anda layak atau tidak. Tetapi, pelajar DISARANKAN untuk membaca dahulu SYARAT PERMOHONAN sesuatu program agar anda dapat memasuki program yang dikehendaki dan permohonan anda tidak ditolak.

***Unik ID mula dijual pada bulan Februari 2021 di BSN yang berdekatan anda***

Tarikh Jual Unik ID ditutup bagi lepasan SPM : 30 Mac 2021

Tarikh UPUOnline ditutup bagi lepasan SPM : 31 Mac 2021

  • Proses Temuduga/ Ujian

Proses temuduga / ujian ini bagi sesetengah program SAHAJA. Justeru itu, bagi mereka yang mengambil program berkenaan dengan temuduga/ ujian perlu alert akan tarikh temuduga/ ujian ini. Bagi lepasan STPM/ setaraf tarikh temuduga/ ujian adalah pada bulan Mei 2021 sehingga Ogos 2021.

***Dalam setiap kesusahan pasti akan ada satu kejayaan, justeru itu jangan pernah mengalah akan sesuatu kesusahan itu***
  • Fasa Pengemaskinian

Pada fasa ini para pelajar mempunyai peluang untuk menukar program yang dikehendaki mengikut keputusan yang diperolehi. Tarikh pengemaskinian adalah pada 9 Ogos 2021 sehingga 12 Ogos 2021.

“Perlu DIINGATI kepada para pelajar, mereka hanya boleh menukar kepada program yang tidak melibatkan temuduga/ ujian SAHAJA. Hal ini disebabkan program yang melibatkan temuduga/ ujian sudah dilaksanakan sebelum tarikh pengemaskinian”
  • Tarikh Hebahan

Tarikh hebahan ini akan diumumkan pada minggu ke-3 september 2021. Pada tarikh hebahan ini para pelajar akan ketahui program yang diperolehi serta universiti mana yang pelajar perolehi.

PERHATIAN!!!
Bagi pelajar yang tidak berkelayakkan untuk mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, jangan risau kerana anda masih mempunyai peluang untuk melakukan rayuan agar anda mendapat peluang ke-2 untuk menyambung pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi.

“Setiap kejayaan perlu bersulamkan kepayahan agar kita bakal menjadi seorang insan yang sentiasa mempunyai ihsan dalam diri”

Rujukan:-
1) http://upu.mohe.gov.my/

2)
http://online.mohe.gov.my/upu/maklumbalas/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *