Permohonan Pertukaran guru atau perpindahan guru e-gtukar telahpun berlalu, pertukaran dan permohonan perpindahan ini sentiasa dibuka dua kali setahun iaitu permohonan pada bulan April dan bulan September setiap tahun.
Banyak pertanyaan bekenaan proses pertukaran yang telah dimohon, mengikut sumber dari pekeliling mungkin tarikh-tarikh penting yang disediakan dibawah dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberikan gambaran tarikh penting permohonan perpindahan e-Gtukar masing-masing diproses.
Dari jadual tarikh diatas, dapatkah anda kenalpasti dimana permohonan anda diproses sekarang? Tarikh-tarikh yang dinyatakan kemungkinan akan mengalami perubahan. Diharapkan proses permohonan masing-masing terus dipertimbangkan memandangkan setiap permohonan perpindahan pasti mempunyai sebab yang tersendiri. Semoga berjaya.