Tarikh Penting Semakan dan Keputusan Kemasukan UiTM 2013

0
8
UITM

Bagi yang sebelum ini berminat dan telah memohon Universiti Teknologi MARA UiTM tahun 2013. Beberapa tarikh penting melibatkan kemasukan yang perlu diambil perhatian untuk memudahkan urusan permohonan dan pendaftaran. Menurut Bahagian Pengambilan Pelajar, beberapa tarikh penting dikeluarkan untuk pengetahuan dan rujukan pemohon.

Kami juga ada menerima banyak pertanyaan berkaitan dan diharapkan tarikh-tarikh penting permohonan dan kemasukan yang dikeluarkan mampu menjawab atau menjadi bahan rujukan kepada pemohon.

Untuk pemohon program diploma, pendaftaran kolej adalah 2-3 Jun 2013 dan untuk rayuan sekitar 24 Mei sehingga 2 Jun 2013 yang boleh dibuat di Laman Rasmi UPU.

Baca Juga :  Keputusan Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016

Bagi pemohonan program ijazah sarjana muda Uitm keputusan kemasukan akan mula dikeluarkan sekitar 11 Julai 2013 dan pendaftaran kolej akan mula pada 1-2 September 2013.

Pelajar akan mula berkuliah pada 10 Jun 2013 untuk pelajar diploma dan 9 September 2013 bagi yang mengambil ijazah sarjana muda di UiTM. Untuk maklumat tarikh penting lain sila rujuk SINI untuk mengetahui peristiwa penting lain dalam urusan kemasukan dan pedaftaran 2013 ini.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :