Tarikh Permohonan ke Ijazah Perguruan Untuk UEC, SMA atau SMU 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tarikh Permohonan ke Ijazah Perguruan Untuk UEC, SMA atau SMU 2012 1
KPM

Peringatan ringkas ini bagi yang tertunggu-tunggu untuk membuat permohonan perguruan bagi lepasan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU).

Permohonan, syarat serta cara memohon bagi sesi pengambilan Jun 2012 akan dikeluarkan esok bersamaan 23 April ( Isnin ) mulai pukul 10 pagi.

Kursus yang ditawarkan

Untuk pengetahuan dan informasi asas, kebiasaanya pada tahun-tahun lepas kursus yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjan Muda Perguruan Bahasa Cina Pendidikan rendah dan Kursus perguruan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah.

Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Syarat Khas

Untuk gambaran permohonan dari tahun lepas, ambilan ini memerlukan:

  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
  • Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level (UEC-SML).
  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
  • Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.

Adalah diingatkan, kursus yang ditawarkan dan syarat permohonan diatas adalah gambaran awal mengikut tahun lepas, maklumat diatas adalah untuk membantu pembaca memahami adakah permohonan esok adalah berkaitan dengan kelulusan sedia ada atau tidak. Diharap bagi yang layak, mengambil peluang kerana realiti disekolah kini kedua-dua subjek yang ditawarkan adalah diperlukan terutama dikawasan pantai barat semenanjung, Johor dan juga sabah dan sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *