

Bagi pelajar yang tertunggu-tunggu untuk memohon perguruan, PISMP 2014 yang dulunya dipanggil maktab perguruan, permohonan akan dibuka tidak lama lagi. PISMP adalah Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan merupakan satu laluan untuk menjadi seorang guru, program adalah dikendalikan oleh KPM. Program ini memerlukan pengajian dalam bidag pendidikan selama 5 tahun sebelum diserapkan menjadi seorang pendidik.
Tarikh iklan dan Permohonan Online PISMP 2014
Maklumat tidak rasmi yang kami terima dari pemberi maklumat kami, iklan pengambilan calon guru PISMP ini akan diterbitkan pada 9 Mac 2014 ini di semua akhbar utama dan media elektronik.
Permohonan online PISMP pula akan dibuka pada 10 Mac 2014 ini.
[quote]Permohonan Online 10 Mac 2014[/quote]
Tarikh yang dinyatakan diatas merupakan bukanlah muktamad kerana ia bergantung kepada kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti. Maklumat yang diterima adalah dari seorang pegawai dalam bidang pentadbiran pendidikan yang boleh dipercayai kesahihannya. Namun demikian, bagi pihak kami, tidak ada apa yang kami boleh katakan ia benar melainkan dari kenyataan rasmi atau bertulis.
Semoga dengan maklumat permohonan PISMP ini memberikan gambaran dan berita gembira kepada calon yang berminat menjadi pendidik.
salam untuk permohonan PISMP ni ada berapa kali ambilan dalam setahun ? saya baru dapat tahun hari ni . tapi permohonan dah tutup . saya calon SPM 2011 .
Permohonan tu dibuka 1 kali je setahun.. xpasti kalau ada perubahan 🙂