Bila permohonan UPU 2014? Bila pembelian pin UPU? Mungkin soalan ini selalu ditanya oleh pemohon-pemohon UPU yang sedang menantikan permohonan apabila buka nanti. Untuk pengetahuan, belum ada tarikh khusus bila pembelian pin UPU tersebut. Namun demikian, mengikut sumber staff kami pembelian pin UPU kali ini lain dari tahun sebelum tarikhnya. Pembelian Pin UPU untuk akan datang akan dibuka sekaligus dengan permohonan iaitu sekitar Januari 2014. Kemungkinan 7 atau minggu kedua Januari 2014.
Baru : Tarikh Permohonan UPU dan Pembelian Unik ID ( 20/1/2014 ) – Maklumat lanjut Klik
Jika mengikut tahun sebelum ini, permohonan UPU mempunyai fasa-fasa tertentu iaitu fasa 1 iaitu sekitar oktober dan fasa 2 sekitar awal januari. Mungkin kali ini permohonan dibuat sekaligus pada januari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan atau ketinggalan maklumat permohonan.
Tidak ada pembelian secara pukal
Jika sebelum ini, pembelian pin UPU boleh dibeli secara pukal iaitu guru atau kaunselor boleh bantu pelajar-pelajar dengan membeli pin UPU secara berkelompok. Untuk pemohonan 2014 nanti tidak ada lagi pembelian secara pukal bagi mengelakkan keciciran atau kesilapan serta membebani guru atau kaunselor mengurus. Langkah ini ada baiknya kerana urusan membeli yang melibatkan orang lain meningkatkan risiko serta tekanan kepada orang lain. Ada baiknya pelajar harus bertanggungjawab dengan kecuaian, kesilapan yag dilakukan sebelum, semasa dan selepas memohon UPU.
Maklumat Penting lain
Untuk pengetahuan pemohon, berikut ialah maklumat lain berkaitan permohonan UPU 2014 yang dikeluarkan pihak UPU :
- Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA dibuka untuk permohonan.
- Penjanaan Nombor Unik ID dikemaskini dengan penambahbaikan menggunakan hanya kategori bagi mengelaskan Program Pengajian Lepasan seperti berikut :
Kategori A (RM 10.60):
Merangkumi Lepasan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Sijil ILKA.
Kategori B (RM15.60) :
Merangkumi Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf.
Catatan resit pembelian akan ditambah baik dengan penambahan tempoh sah laku Nombor Unik ID bagi tempoh setahun kalendar akademik tahun semasa. (cth: Sesi Akademik 2014/2015)
Diharapkan maklumat yang disediakan diatas mampu memberi gambaran bila permohonan UPU akan dibuka dan maklumat-maklumat lain dalam urusan pemohonan UPU nanti. Bagi pemohon UPU yang kini akan berjuang dengan SPM, teruskan perjuangan fokus pada peperiksaan sehingga tamat peperiksaan nanti.
Baru : Tarikh – Tarikh Penting Permohonan UPU 2014
Salam,saya adalah pelajar lepsan STPM 2014 .Bolehkah saya membuat permohanan ke upu apabla tarikh permohonan dah tutup?Saya ingin kemaskini pada fasa 2 semalam tapi x dpt masuk.Minta tolong~
Salam , Kemaskini fasa 2 utk mereka yg dah buat permohonan sebelum ni..
assalamualaikum..saya lepasan stpm, boleh ke isi upu sbelum result keluar?
Sy masih tertanye tanye lah.. sbnrnye permohonan upu utk budak yg bru hbis spm 2014 ni bile yek? Mohon penjelasan lanjut. Dan no pin upu juge bile boleh di beli?
sekiranya saya di dismiss dari uitm..adakah saya bole membuat permohonan upu semula?
assalamualalikum..sekiranya nama pernah disenarai hitam oleh salah satu ipta,masih ada peluang ke untuk sambung degree ke ipta lain?
Assalamualaikum… saya calon SPM 2014. bila saya patut beli no pin UPU? dan bila tarikh akhir beli & daftar UPU?
P/S : mohon balas secepat mungkin 😀
Salam..saya lepasan diploma 2014, dan terlepas untuk permohonan yang lalu..bila lagi permohonan seterusya upu akan dibuka lagi ye..????
salam.ye sya pn nk tahu bila permohonan ke masukan ke uitm dan upu seterusnya di jual??
Salam . Saya nak tanya . Saya nie pernah belajar di kolej . Dan saya dismiss . Saya ingt saya nak masuk politeknik . Saya spm 2012 . Saya ade beli upu mase tu . Boleh gunakan balik ke skrg ?
tak boleh guna utk skrg..kne beli balik utk permohonan tahun semasa..
Assalamualaikum..sy dpt twran upm tp ayh sy xbg sy amik kos tu ,last2 ayh sy sruh sy msuk ipts tp sy xnak sbb mhal ,bkn nya kmi dri kluarga berada pon. :'(..
saya nak tanya jika lepasan stam tahun 2013,
boleh lagi tak mohon sekali lagi untuk Ijazah Sarjana Muda bagi 2015/2016
prlukah sy bersaing dgn plajar lpasan stam thun 2014 nti mse pmilihan upu tu ??result sy agk cemerlang ,iaitu mumtaz stam.. mhon pencrahan sgra..
SALAM.SAYA NAK TANYA..SAYA DAH TERLEPAS UNTUK MEMOHON UPU BULAN 4 HARI TU..BOLEH SAYA TAHU BILA TARIKH PERMOHONAN UPU DIBUKA SEMULA??
Salam.. ia setahun sekali..sekitar awal tahun dpn baru buka balik..
assalamualaikum… sya nk tanya.. kawan saya berumur 21 tahun yg datang daripada keluarga yg susah, beliau mendapat result yg baik dalam perperiksaan spm. tetapi tidak berkesempatan untuk melanjutkan pengajian kerana beliau datang dari keluarga yg susah.
selepas spm beliau terus berkerja untuk bantu keluarga beliau, pada masa yg sama beliau membuat simpanan kerana masih berhasrat untuk melanjutkan pelajaran… jadi saya nak tanya masih bolehkan beliau melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dan bagaimanakah caranya untuk memohon diploma tersebut… harap dibalas … terima kasih
assalamualaikum .. Sy nk tanya kalau sy da beli nombor pin upu mase bulan febuari 2014 ,, tapi sy xsempat nk daftar online. Mcm mane ? .. Sebab tarikh da tutup kann ? ..
waalaikumussalam, yer dah tutup.. tempoh mengisi dulu tu pun lama dibuka, knapa tak isi..huhu.. susah nak mohon dah skrg ni.
Assalamualaikum..
tumpang tanya.. sya dpt upu untuk intake jun. tapi sya tolak tawaran kerana masalah tertentu. jika sya nak masuk untuk intake disember.. apa yg harus saya lakukan? adakah mmbuat rayuan atau pendaftaran semula pd fasa 2? bilakah permohonan fasa2 dikeluarkan?
Waalaikumussalam.. susah tu husna.. permohonan UPU ramai org mohon.. perlu ambil peluang ketika ia terbuka luas.
Salam, saya lepasan spm 2013. Saya dah dapat kmasukan ke politeknik tetapi saya taknak sebab kalau boleh saya nak ke uitm dan saya tak boleh nak buat erayuan lagi. Boleh tak kalau saya nak kemukakan rayuan terus ke uitm pilihan saya? #Sedang..dalam..kebuntuan..harap..dibalas 😉
Salam kalau mintak rayuan, keputusan dia berapa minggu? Sebab saya dapat ums asasi sains tp saya tak dapat uitm puncak alam dalam asasi sains mungkin Kerana saya letak di pilihan terakhir. Apa pendapat cik?
Salam, kalau dah dapat permohonan tu tak boleh dah buat rayuan, rayuan hanya yang tidak dapat langsung permohonannya.
bila keluar keputusan bagi kategori C??
Assalamualaikum..Tumpang tanya..Tarikh tutup permohonan upu ni bila erk ?
Harap komen saya ni di balas..Terima kasih.. 🙂
Waalaikumusalam.. sebenarnya kami mendapat bnyk pertanyaan utk dijawab seharian.. masalah fahmi tu kami dah tuliskan sebelum ni..cuba gunakan search utk cari maklumat tu.. TQ
sya nak tny, klau selpas isi upu tu then tdak print. mcm mna ek ? tidak apa ka tu ?
Patut kne print..tapi xapa melainkan kalau ada keraguan.Permohonan tetap berjalan..
assalamualaikum..saya pelajar lepasan SPM 2013..saya mengambil SPM ULANGAN pada bulan November 2014 kerana keputusan saya tidak memuaskan atas sebab2 tertentu yang tidak dapat saya elak..hanya 1A,5B+,1C,3D …sekiranya,InsyaALLAH…saya mendapat keputusan yang lebih baik lalu saya memohon untuk memasuki Matrikulasi ataupun Pra-universiti di mana2 IPTA yang mempunyai pra-universiti..apakah umur saya masih boleh diterima?kerana pada tahun 2014,saya berumur 19 tahun..mohon jawapan daripada anda..terima kasih..Assalamualaikum…
Assalamualaikum.
Mohon pencerahan berkaitan fasa 2 upu program diploma lepasan 2013. Adakah telah dibuka atau hanya perlu isi untuk fasa 1 sahaja? saya buntu.
salam. di mana nak dapat borang ke uitm untuk pelajar baru 2014 ?
Assalamualaikum,
Bila tarikh tutup upu untuk fasa 1??
adakah asasi di ipts setaraf dengan diploma atau matrikulasi kpm?
Salam.. saya nk tnye mane ruangan untuk isi gpa upu ni.. bila saya simpan pengisian kokurikulum ralat sila isi ruangan gpa.. tapi bila saya kembali ruangan 2 tiada… adakah semua orang mengalami masalah yang sama macam saya ?
salam, saya mempunyai diploma statistik dr UITM. sy memohon utk kemasukan penerapan bulan mac 2014. kos yang sy dpt kos pengurusan matematik. tapi sy mahu kos ijazah sarjana muda statistik. sebenarnya pengurusan matematik sy letak sbg pilihan pertama, statistik sbg pilihan kedua. skrg sya mahu kos statistik,saya akui saya telah melakukan kesilapan, apakah yang harus saya lakukan? kalau boleh saya nak juga kos statistik untuk pengambilan bulan march ini. apa yg harus sy lakukan?
as salam….sy nk tnya…untk lepasan stpm 2012 layak memohon ke?? terima kasih.
Bile tarikh akhir pembelian no pin di tutup?
saya nak tanya,kalau telah menarik diri dari sesebuah ipta program ijazah pada 1/10/2013 dan ingin memohon upu sesi 2014/2015,adakah dibenarkan?
asalamualaikum,, mahu tanya.. bila tarikh tutup pembelian pin upu?
assalamualaikum,
saya lepasan spm 2012. kategori mana yg digunakan utk lepasan spm 2012.
mohon dijawab segera.
Salam,ayah saya telah membeli kod pin upu pd 9/1/14 . Saya kategori B.adakah saya salah beli ?adakah sah untuk digunakan atau perlu membeli baru?
Salam, saya merupakan Lepasan Diploma 2013 dan Lepasan SPM 2009. PERSOALAN SAYA:
1. Bila tarikh/bulan terakhir untuk membeli NOMBOR PIN?
2. Adakah saya layak untuk memohon IPTA bagi Program Ijazah/Degree?
3. Sistem permohonan dibuka pada 20 Januari hingga??
Terima kasih.. Harap ada respons.
bg pelajar yg masih dlm semester akhir diploma pada januari 2014, adakah terdapat tarikh lain utk kami memohon upu pada tahun ini? ataupun harus tunggu utk upu pada tahun 2015?
Assalamualaikum..saya lepasan spm 2012..adakah saya layak utk memohon kemasukan ke ipta bagi sesi 2014/2015?dan kategori apa yg saya perlu isikan?harap jelaskan..trime kasih 🙂
Hello,,saya lepasan spm 2012. Bolehkah/layak memohon kemasukan ke ipta
Saya nak bertanya. Kelayakan keputusan SPM 2013 yang bagaimanakah diterima mengambil Asasi di UiTM? Terima kasih…
Hi, boleh saya bertanya di mana kan website yang saya boleh memohon ipta dan bila boleh apply. Sekian terima kasih…
20 Jan 2014 mula jual di BSN dan boleh isi online nanti
selamat petang,
saya nak tanya jika lepasan stpm tahun 2012,
boleh lagi tak mohon sekali lagi untuk Ijazah Sarjana Muda bagi 2014/2015
Slm. Nak tanya, bila tarikh boleh mohon upu 2014?? Sekarang sudah boleh mula mohon atau belum?? TQ
Salam . Nombor pin boleh didapati di BSN mulai 20 Januari 2014 hingga April 2014 .
Aslmlkm,
maaf menggangu saye pelajar lepasan spm tahun2013 adakah tarikh permohonan/kemasuakn ke upu diadakan pada tahun ini
harap e mail saye diberi perhatian.Terima kasih.
salam .. boleh saya taw,mane nak dapatkan borang UPU??
boleh tolong bagi link yang sebenar tak…?
sebab dah search banyak dah link… tp; xde.. huhu~
tq..
#harap reply#
assalam,
saya nk bertanye,adakah sekiranye saya ingin memasuki IPTA
tetapi tidak mmpunyai id upu,saya tidak layak diterima oleh mana-mana IPTA di Malaysia
mohon diberikn feedbacknye….
Assalam.. ID UPU ni sebenarnya sebagai salah satu syarat untuk mula memohon /masuk ke sistem permohonan online kemasukan ke IPTA..
sy nk tnye…sy dh isi borng penerapan uitm..tpi result penerapan blom keluar..so,bleh x klu sy nk isi upu jgk..takut penerapan uitm sy di reject
bilakah tarukh pembelian nom pin ke ipt bg lpasan spm 2013
– thank u
saya lepasan spm ,selalunya bulan jenuari 2014 ke kena beli no pin untuk ke politeknik
salam
saya nak tanye,kalau nak pohon UKM kena isi upu jugak?saya lepasan spm 2013
Salam.. ya.. tapi rasanya UKM tak banyak program Diploma.. untuk yg terkini kena tunggu keluar dulu permohonan.
nak tnya sya dpt plkn pnggilan prtama. habis tuu mcmana sya nk bli dn megisi pmohonan utk upu tu? pliss reply a.s.ap ..thanks
salam . saya sedang menunggu keputusan spm . sekiranya keputusan spm saya mencapai kelayakan untuk mengambil course medic , apakah langkah yang perlu saya ambil ? adakah saya perlu memohon asasi atau ada cara lain ? mohon jawapan . terima kasih .
Boleh kah saya memohon kemasukan ke IPTA lepasan Diploma pada Januari 2014 nanti tetapi ketika tu saya masih dalam semester akhir dalam diploma tersebut. TQ.
Kebiasaanya setiap kali permohonan perlu terlebihdahulu tamat pengajian. Hal ini kerana keputusan akhir markah terkumpul diperlukan dalam permohonan.
Apakah had umur ntuk memohon upu untuk asasi? dan berapa lamakah sijil SPM kite valid? maksudnye adakah sijil SPM mempunyai had masa?
Asasi ada had umurnya.. kne rujuk web matrik untuk keterangan lanjut.. Sijil SPM tak ada tempoh tamat.. boleh guna kalau nak mohon apa2 yg berkaitan
bismillah,salam 3layk.
saya nak tanya,sekiranya saya ingin memohon kemasukan ke universiti UiTM,adakah saya perlu mengisi melalui UPU juga?
atau terus direct memohon kepada UiTM sahaja?
mohon dijawab.terima kasih.
UiTM biasanya ada kemasukan tersendiri.. nanti akan keluar pemohonan UITM..