Tarikh Permohonan UPU Lepasan SPM dan STPM Setaraf 2017 / 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Salah Satu Universiti Awam
Salah Satu Universiti Awam

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan secara rasmi UPU, tarikh permohonan UPU lepasan SPM dan STPM telah dikeluarkan. Tarikh-tarikh tersebut di maklum melalui pekeliling yang dikeluarkan sejak 25 November lepas lagi. Melalui tarikh yang dinyatakan, pemohon diminta mengambil perhatian berkaitan pembelian unik ID, permohonan serta tarikh tutup setiap permohonan. Menurut pekeliling yang dikeluarkan, dapat dirumuskan tarikh penting permohonan UPU lepasan SPM dan STPM setaraf 2017 ialah :

Bil Tindakan Tarikh
1 Permohonan UPU Online ( http://upu.mohe.gov.my/ ) Pendaftaran 6 Febuari 2017
2 Iklan Kemasukan 5 febuari & 5 Mac 2017
3 Tarikh tutup permohonan ( Pendaftaran ) 31 Mac 2017
4 Maklumat terperinci permohonan di http://upu.mohe.gov.my/ 2 Febuari 2017
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Jika mengikut tahun sebelumnya, calon perlu membeli sendiri no unik ID di Bank Simpanan Nasional terdekatĀ  untuk membuat permohonan, namun demikian menurut pekeliling, peringkat pendaftaran unik ID tidak diperlukan.

Calon diminta bersedia dan bertindak segera sekiranya proses permohonan telah dibuka, ini bagi mengelakkan calon dari ketinggalan permohonan sekaligus menggagalkan permohonan ke intitusi pengajian.

Untuk mengelakkan diri dari ketinggalan informasi penting, adalah lebih baik anda mengikuti langkah seperti dibawah :

  • Like Facebook KEMASUKAN BPKP JPT
  • Tweeter @TWT_UPU
  • Instagram @KEMASUKANBPKP

Selain itu juga, anda boleh menyertai mana-mana group Whatapp/ telegram rakan sebaya anda untuk mendapatkan info. Bagi pihak kami, ada baiknya anda like media sosial rasmi BPKP untuk terus mendapat makluman sekiranya permohonan dibuka.

Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Dibawah adalah pekelilng permohonan UPU LepasanĀ  SPM dan STPM untuk sumber dan rujukan :

One thought on “Tarikh Permohonan UPU Lepasan SPM dan STPM Setaraf 2017 / 2018

  1. helo tuan/puan boleh tak permononan untuk kemaskini upu lepasan stpm dilanjutkan sehingga hari ini sebab apabila saya ingin mengemaskini permohonan saya terdapat gangguan sistem yang menghalang saya.Diharapkan tuan/puan memahami apa yang sudah berlaku.Terima Kasih.

Leave a Reply to Switcher Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *