Satu maklumat berkenaan tarikh pindaan ujian MUET iaitu kenyataan dimaklumkan pada 9 November 2020 pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuat pengumuman berkenaan dengan tarikh pindaan Ujian MUET penulisan sesi 2. Pindaan ini dilaksankan disebabkan oleh terdapat negeri yang sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ada kawasan yang sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Justeru itu, bagi memudahkan calon MUET seluruh Malaysia, maka tarikh peperiksaan akan dipinda.
Tarikh Pindaan Ujian MUET
Tarikh asal Ujian MUET penulisan adalah pada 21 NOVEMBER 2020 dan ditunda kepada 30 JANUARI 2021.
30 JANUARI 2021
Dengan masa yang ada ini, calon boleh membuat ulangkaji dengan lebih untuk mendapatkan keputusan MUET yang terbaik. TETAPI, jangan lupa untuk mencetak SLIP PENDAFTARAN di pautan INI mulai 16 NOVEMBER 2020 ini.
“Tiada slip pendaftaran anda tidak boleh menduduki peperiksaan MUET ini, jadi calon perlu sentiasa alert akan perkara ini”
MUET on Demand (MoD) adalah salah satu alternetif kepada calon yang tidak berkesempatan untuk menduduki MUET pada bulan Mac, Julai atau November. Justeru itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menawarkan MoD secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan pada bulan April 2018.
Tujuan utama MoD ini adalah bagi membantu para pelajar yang terlepas menduduki Ujian MUET mampu menduduki ujian bagi memenuhi syarat kemasukan ke Universiti Awam Malaysia. Tawaran ini terbuka kepada mereka yang sudah menduduki ujian ini TETAPI keputusan sah laku ujian sudah tamat tempoh atau bagi mereka yang tidak pernah menduduki ujian ini.
Pindaan tarikh MoD 2020 sesi OKTOBER dari 21 NOVEMBER 2020 kepada 30 JANUARI 2021. Calon boleh mula mencetak SLIP PENDAFTARAN pada 10 NOVEMBER 2020 di pautan INI
INFO TAMBAHAN!!!
Yuran MUET on Demand ini adalah sebanyak RM250 bagi setiap ujian. Kelebihan MoD adalah, calon boleh memilih tarikh untuk malaksanakan ujian dalam talian dan boleh memilih tempat untuk dilaksanakan ujian.
Peperiksaan MoD ini hanya akan dilaksanakan di:-
• Pusat Peperiksaan MPM,
• EcoSky dan
• Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang
• Serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
Keputusan MoD ini akan diperolehi dalam masa tiga minggu selepas peperiksaan dijalankan. Justeru itu, logiklah pendaftaran ujian ini lebih mahal daripada Ujian MUET biasa.
Rujukan:-
1) https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
2) Majlis Peperiksaan Malaysia
Sempat lagi ni nk study awal2.