Tarikh Rayuan dan Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM/ Setaraf 2014/ 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Maklumat dibawah bagi memaklumkan bila mula boleh  membuat rayuan dan bilakah akan keluar keputusa rayuan untuk UPU lepasan STPM setaraf tahun 2014/2015. Keputusan UPU untuk lepasan STPM setaraf akan diumumkan tidak lama lagi, mungkin ada yang akan bergembira dan mungkin ada yang akan kecewa. Bagi yang kecewa tidak ditempatkan di mana-mana institusi perlulah membuat rayuan bagi memenuhi baki kekosongan atau kegagalan melapor diri.

Untuk pengetahuan, apabila membuat semakan UPU nanti anda juga boleh membuat rayuan sekiranya ada tidak berjaya. Perlu diingatkan disini, rayuan adalah bagi yang tidak mendapat langsung ke IPTA bukanlah rayuan untuk menukar kursus atau institusi. Tarikh rayuan dibuka ialah pada 12 – 22 Ogos 2014 boleh dibuat melalui laman rasmi UPU, alamat penuh nanti akan dimaklumkan.

Info Tambahan :  8 Kegunaan Microsoft Office 365 untuk pelajar

Setelah membuat rayuan, keputusan rayuan dijangka akan dikeluarkan sekitar minggu ke 3 september 2014. Selepas itu tidak ada lagi rayuan boleh dibuat atau dibuka. Keputusan yang dikeluarkan biasanya adalah bagi mengisi kekosongan baki kursus yang ada.

Semoga lepasan STPM/ setaraf yang sedang bimbang dengan keputusan kemasukan UPU masing-masing terus tabah dan bersabar. Bagi yang tidak berjaya ditawarkan tempat janganlah terus berduka. Kejayaan ada dimana-mana sahaja. Usaha yang membezakan seseorang itu berjaya atau tidak.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
wawa
wawa
Guest
7 years ago

Salam..macam mana dgn lepasan diploma? Sy still boleh memohan rayuan ke? Apa dokumen-dokumen yg kena hantar?