Tarikh Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2015

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Kemahiran
Kemahiran

Kami ada menerima pertanyaan bilakah semakan online dan Tarikh semakan keputusan kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah menengah Teknik untuk kemasukan 2015. Pertanyaan diajukan pada 6 Januari lepas menerusi ruangan pertanyaan kami.

Bilakah tarikh pendaftaran kolej vokasional bagi tahun 2015 ?

Bilakah keputusan kelulusan masuk ke kolej vokasional bagi tahun 2015 ?

Untuk pengetahuan kami ada memaklumkan tarikh penting kemasukan dan semakan Kolej vokasional dan Sekolah menengah teknik sebelum ini. Tapi untuk kali ini kami cuba juga menjawab pertanyaan disamping member ingatan dan informasi kepada mereka yang tertanya-tanya dan sedang menunggu keputusan kemasukan.

Info tarikh semakan dan pendaftaran Kolej Vokasional

MaklumatTarikh
Tarikh semakan online Kolej Vokasional dan SMT20-25 Januari 2015
Pendaftaran ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik26 Januari 2015

Untuk pengetahuan, kemungkinan sesi temuduga akan dibuat dari tempoh 11 hingga 18 januari 2015 mengikut institusi masing-masing.

Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk pada perubahan yang akan dipinda dari semasa ke semasa jika ada perubahan.

Permohonan rayuan

Kebiasaanya permohonan rayuan sekiranya gagal akan dilayan dengan hanya calon perlu pergi sendiri ke Institusi yang dimohon selepas semakan dibuka. Hanya calon yang gagal ditempatkan dimana-mana pilihan boleh membat rayuan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus menghubungi mereka di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5104 / 5067.

Semoga semakan keputusan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik nanti memberikan harapan baru untuk anda lebih Berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

3 COMMENTS

  1. kena tunggu surat sampai ke baru boleh pergi temuduga? saya ada mohon tapi tak dapat apa2 respon pun sampai sekarang. maknanya permohonan saya ditolak ke?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here