Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pendaftaran sekolah khusus

Setelah bersusah payah menduduki ujian kelayakan memasuki sekolah khusus, maka hari yang di nanti-nantikan oleh semua pelajar sudah terjawab iaitu keputusan semakan dan pendaftaran Sekolah khusus telah diketahui. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke sekolah khusus.

Sekolah khusus dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2021 yang dimaksudkan di sini adalah:-

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2021

Sehubung dengan itu, semakan tawaran kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan satu, Tingkatan 4 dan tahun 1 Sijil Vokasional Malaysiia (1 SVM) boleh dibuat pada ketetapan tarikh berikut:-

1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Pendaftaran sekolah khusus

Tarikh semakan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 adalah BERBEZA. Justeru itu, ibu bapa perlu ketahui tarikh semakkan tawaran mengikut umur anak. JANGAN lupa tarikh PENTING seperti yang tertera dibawah ini.

Tarikh semakan tawaran bagi :-

  • Tingkatan 1 adalah pada 19 MAC 2021(JUMAAT)
  • Tingkatan 4 adalah pada 23 MAC 2021 (ISNIN)
“Remaja pada hari ini adalah tunggak kejayaan negara pada masa akan datang”

2) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Tarikh semakan tawaran bagi:-

  • Tingkatan 1 adalah pada 19 MAC 2021 (JUMAAT)
  • Tingkatan 4 adalah pada 23 MAC 2021 (ISNIN)
“Penilaian Pentaksiran Kemasukan adalah telus dan saksama mengikut kelayakan setiap calon”

3) Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Tawaran hanya terbuka kepada calon Tingktan 4 sahaja. Justeru itu, tarikh semakan tawaran bagi pelajar tingkatan 4 adalah pada 23 MAC 2021 (ISNIN)

ELAKKAN memarahi anak sekiranya mereka tidak dapat melayakkan diri ke sekolah khusus ini kerana sesungguhnya ianya akan mematahkan semangat mereka untuk belajar. 

“Sekolah Khusus hanya atas nama sahaja, segala kejayaan adalah diatas usaha mereka sendiri dan keizinan ALLAH”

4) Kolej Vokasional

Bagi pelajar ambilan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tahun 1, semakan tawaran adalah pada 23 MAC 2021 (ISNIN)

5) Sekolah Maktab Tentera Diraja (MTD)

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Pendaftaran sekolah khusus


Bagi sekolah MTD, Tiada tarikh tawaran semakan kemasukan pelajar. Hal ini disebabkan calon yang memohon ke sekolah MTD ini menyemak tarikh temu duga sebelum mereka melayakkan diri ke sekolah tersebut. Justeru itu, bagi calon yang sudah mendaftar, mereka perlu menyemak tarikh temu duga MTD pada 23 MAC 2021 (ISNIN).


***TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG MENERIMA TAWARAN KE SEKOLAH KHUSUS INI***

“Sekolah khusus hanya terletak pada nama sahaja, tetapi kejayaan yang sebenar terletak pada individu itu sendiri”

Semakan tawaran boleh dilakukan menerusi pautan ini, hanya tekan LINK dibawah ini dan anda boleh menyemak tawaran kemasukan anak anda:-

Info Tambahan :  4 Tips Power Untuk Skor Matematik SPM

Tarikh pendaftaran ke sekolah khusus
Pihak Kementerian telah menetapkan tarikh bagi pendataran ke sekolah khusus adalah bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah pada 6 APRIL 2021 (SELASA).

Maklumat lanjut berkaitan berkaitan dengan pendaftaran boleh diperolehi melalui pautan tersebut. Manakala, bagi tarikh pendaftaran ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my

Semasa melakukan pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatn 4, diharapkan ibu bapa mampu mengikuti segala SOP yang telah ditetapkah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara SOP yang WAJIB ibu bapa patuhi adalah:-

  • Penjarakan sosial antara satu individu dengan individu yang lain sebanyak 1 meter
  •  Pemakaian pelitup muka dikawasan orang ramai
  • Kerap mencuci tangan atau GUNAKAN hand santizer sekiranya memegang alatan yang dipegang oleh orang ramai

Diharapkan ibu bapa penjaga boleh patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN kerana kita semua belum menang. Selagi vaksinasi belum mencapai 80% maka kita masih belum menang. Justeru itu, patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan. 

“KITA JAGA KITA”

Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2021 1

Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2021 2

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top