Tarikh Tutup Terkini Permohonan Matrikulasi KPM 2012/13
Sepertimana yang diketahui umum, tarikh tutup permohonan matrikulasi KPM bagi kemasukan 2013 adalah hari ini iaitu 10 Oktober 2011. Walaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi laman rasminya mengeluarkan kenyataan untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan Matrikulasi.
Perlanjutan Tarikh tutup ini adalah baik bagi memberi lebih masa kepada pemohon terutama luar Bandar yang mengalami masalah internet serta capaian maklumat untuk membuat proses pemohonan.
Tarikh Tutup Terkini
Untuk itu, KPM telah melanjutkan tarikh tutup permohonan matrikulasi kepada 30 November 2011 yang diubah dari tarikh sebelum ini iaitu 10 oktober 2011.
Bayaran Pemohonan
Sebelum membuat permohonan terlebih dahulu mempunyai no pin (NPI) yang mana ia perlu dibeli di semua cawangan Bank Simpanan Nasional BSN seluruh negara dengan harga RM 6.00.
Selepas mempunyai no NPI itu, pemohon bolehlah melayari laman permohonan KLIK SINI
Peluang telah terbuka untuk membuat permohonan matrikulasi KPM, diharapkan pemohon merebut peluang yang ditawarkan.
Terima kasih cikgu, nampaknya ati masih ada peluang, nasib baik.
Sama2..rebut peluang mse ade masa ni.