Tarikh Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Ulul Albab Tingkatan 1 sesi 2021

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tarikh Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Ulul Albab Tingkatan 1 sesi 2021

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
Semua sudah ketahui MRSM adalah sekolah berasrama penuh dibawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tetapi terkadang ada yang bertanya apakah pula Ujian Ulul Albab itu. Ujian Ulul Albab adalah program pecaham daripada MRSM iaitu program Ulul Albab. Program ini adalah program gabungan antara kurikulum kebangsaan yang berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program ini bertujuan bagi melahir generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja bijak dalam bidang akademik TETAPI mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunah sebagai generasi Ulul Albab.

Maklmuman Tarikh Ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Ulul Albab bagi kemasukkan pelajar Tingkatan 1 adalah pada 2-6 November 2020.

INFO!!!
Panggilan Ujian UKKM dan Ujian Ulul Albab di kawasan zon Merah atau zon yang sedang dilaksanakan PKPB/ PKPD adalah ditangguhkan dan tarikh ujian akan diberitahu kelak. Pelajar akan dipanggil untuk menghadiri Ujian ini secara berperingkat.

Justeru itu, bagi pelajar yang berada di zon merah atau zon yang sedang dilaksanakan PKPB/ PKPD tidak perlu risau kerana anda juga akan menduduki ujian UKKM dan Ujian Ulul Albab ini. TETAPI ianya akan berlangsung setelah perlaksanaan PKPB/ PKPD berakhir. Hal ini bagi mengelakkan perkumpulan secara beramai-ramai di suatu kawasan.

Calon boleh membuat semakkan tarikh panggilan Ujian ini di laman web yang disediakan:-
https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/

6 November 2020 jatuh pada hari jumaat. Justeru itu, bagi mereka yang tinggal di negeri Perak, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor dikecualikan untuk menghadiri Ujian pada hari tersebut. Dalam erti kata mudah, bagi negeri-negeri ini Ujian hanya akan dilaksanakan daripada 2-5 November SAHAJA.

PERINGATAN!!!
Pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN.

Disebabkan dunia kini hanya di hujung jari, pelajar boleh mendapatkan info terkini berkenaan dengan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian ulul Albab ini di laman portal rasmi MARA https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
dan media sosial seperti twitter, facebook atau instagram.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Pecahan soalan Ujian kecenderungan Kemasukan MRSM 2020 (UKKM) Tingkatan 1 adalah:-

√ Matematik (Objektif : 30 minit, 20 soalan)
√ Bahasa Inggeris (Objektif : 30 minit, 15 soalan)
√ Sains (Objektif : 30 minit, 30 soalan)
√ Keperibadian (Objektif : 30 minit, 100 soalan)

Ujian Tambahan Khas buat Program Ulul Albab:-

√ Ujian Hafazan & Tulisan Jawi selam 35 minit

Buat pengetahuan ibu bapa soalan UKKM merangkumi Tahap II Sekolah Rendah. Justeru itu, sebelum menduduki Ujian UKKM ini nasihatilah calon untuk membuat ulangkaji subjek diatas.

Sebarang pertanyaan lanjut sila emel kepada [email protected] atau hubungi di talian 03-2613 2000.

“Selamat Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM sesi 2021 daripada Xpressi team”

Rujukkan:-
1) https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
2) https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )