- YTM
Bagi yang layak dan berminat memohon biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Telekom Malaysia. Permohonan dibuka untuk pelajar cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.
Biasiswa ditawarkan termasuk bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:
- Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
- Biasiswa Pra Universiti Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
- Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
- Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA
Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia
Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
- Terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja.
- Calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 8 A dalam keputusan peperiksaan SPM termasuk 5 subjek wajib bagi kursus yang di pohon.
Biasiswa Pra Universiti di Universiti Multimedia (MMU)
- Terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengikuti pengajian di MMU sahaja.
- Memperolehi keputusan SPM sekurang-kurangnya 4 A- 1 B dalam mana-mana 5 subjek wajib mengikut kursus yang di pohon.
Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)/ Kolej Multimedia (MMC)
- Terbuka kepada pelajar lepasan SPM atau telah mendaftar dan sedang mengikuti pengajian di MMU/MMC.
- Memperolehi keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam semua subjek wajib mengikut kursus yang di pohon atau PNGK 3.00.
Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Terbuka kepada pelajar lepasan diploma, matrikulasi, Alpha MMU, STPM atau yang setaraf dengannya.
**Sila gunakan keputusan PNGK terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum di perolehi
Institusi yang disyorkan
Institusi Pengajian Luar Negara
Sila rujuk Senarai Institusi luar negara yang dikemaskini disini.
Institusi Pengajian Tempatan
- Multimedia University (MMU)
- Multimedia College (MMC)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2012
Untuk memohon terlebih dahulu perlu membaca dengan teliti syarat permohonan dan cara memohon KLIK SINI
Permohonan boleh dibuat secara online melalui :
[highlight]Sistem Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia[/highlight]
Perjanjian Biasiswa
Semua pemegang biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan TM dan Anak Syarikat untuk suatu tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
Sekiranya pelajar gagal untuk mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian, maka pelajar dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan dan dikehendaki membayar kembali segala perbelanjaan dan gantirugi yang ditanggung oleh Yayasan TM selama ini.
Sebarang perlanggaran kontrak Perjanjian Yayasan TM dan/atau TM akan diteruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Penama/Peminjam dan Penjamin-Penjamin.
Tarikh tutup permohonan : Permohonan Online Biasiswa YTM ini adalah pada 8 April 2012
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda dinasihatkan untuk terus ke :
Juga boleh terus berhubung kepada:
Penajaan
- Norliana Yunos 03 – 2240 0635
- Muhammad Nur Firdaus Bin Fuad 03 – 2240 1598
- Ihsan Said 03 – 2240 1594
- Ahmad Azlan Shah 03 – 2240 0293
- Maslini Rehan 03 – 2241 5177
Masalah Teknikal / Sistem
- Abdul Salam Musa 03 – 2240 1273
- Noraini Mansor 03 – 2240 1744
NAK BORANG