Tempoh Masa Belajar STPM, Ijazah, Master

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
IPTA

IPTA

Untuk kali ini kami menjawab kepada persoalan pelawat menerusi ruangan komen berkaitan tempoh masa belajar STPM, Ijazah, Master pengajian di Malaysia. Sebenarnya ramai orang yang sedia maklum tempoh pengajian untuk setiap pengajian tersebut, namun demikian ada juga ayang masih belum cukup maklumat kemungkinan ada sedikit kekeliruan atau kurang informasi. Selain itu, setiap tahun ada sahaja pelajar baru yang akan melalui proses pengajian dalam sistem pendidikan Negara.

Bagi yang masih belum mengetahui apa itu Ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD boleh ikuti penerangan kami sebelum ini. ( maklumat Lanjut )

Tempoh Masa Belajar STPM, Ijazah, Master

Sebenarnya tempoh pengajian ada mempunyai perbezaan mengikut kursus yang diambil. Untuk ditulis tempoh pengajian sebenar memanglah tidak tepat kerana kadangkala ada pengajian yang memakan masa lama mengikut jam kredit subjek yang diambil. Semakin banyak Jam kredik subjek yang diambil maka semakin lama pengajian tersebut.

Tempoh Masa Belajar

Tempoh Masa Belajar

Untuk tidak mengecewakan pertanyaan yang diajukan, kami boleh memberikan gambaran tempoh pengajian yang terpopular iaitu yang kebiasaanya dalam pengajian di Malaysia ini.

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) / Setaraf – 2 Tahun
  • Ijazah Sarjana Muda – 4 Tahun
  • Ijazah Sarjana / Master – 2 Tahun
  • Doktor Falsafah PHD – 4 Tahun

Jumlah keseluruhan = 12 Tahun

Perlu diingatkan, gambaran diatas adalah bagi tempoh pengajian kebiasaanya/ majoriti  di Malaysia. Tempoh pengajian akan berkurang atau bertambah mengikut faktor-faktor dibawah :

  • Dasar kementerian tidak berubah sebagai contoh STPM/ setaraf.
  • Tertakhluk pada keputusan pihak Universiti
  • Tidak ada lanjutan pengajian atau ketinggalan pengajian semester
  • Bidang kritikal seperti Ijazah Sarjana Muda perubatan memakan masa 5-6 tahun.
  • Tidak termasuk tempoh praktikal
  • Tidak termasuk anugerah lonjakan pengajian
  • Pengajian Sarjana/master kebiasannya 1 ½ Tahun
  • Kebanyakan pelajar PHD lebih memerlukan masa lebih 4 tahun menghabiskan pengajian
  • Bagi lepasan SPM, Pengajian Ijazah Perguruan memakan masa 5 tahun kerana ia termasuk persediaan 1 Tahun.
  • Bagi lepasan SPM, perlu menghabiskan 1 ½ tahun untuk matrikulasi/ asasi
  • Bagi lepasan SPM, yang melalui diploma sebelum masuk ke Ijazah kini kebiasannya melalui tempoh 2 tahun diploma.
  • Kebiasannya pengajian luar Negara memerlukan tambahan 6 bulan – 1 tahun untuk kursus persediaan pengajian seperti bahasa.
  • Faktor-faktor lain berkaitan.

Bercakap tentang tempoh pengajian sudah tentu ia berkaitan dengan kos pengajian, secara majoritinya semakin lama pengajian maka semakin meningkat kos pengajian. Hal ini kerana kos-kos penginapan, makanan, yuran pengajian dan banyak lagi akan meningkat. Perancangan yang rapi perlu untuk seorang pelajar untuk meneruskan pengajian dengan kerap bertanya kepda kaunselor kerjaya atau mereka yang telah menghabiskan pengajian.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hamka Alif
Guest
2 years ago

Salam…betul ke sekiranya pelajar melalui jalan Diploma, tempoh pelajaran utk Ijazah Sarjana Muda akan lebih pendek berbanding melalui jalan lain??….contoh, Asasi 1 tahun setengah, then Sarjana Muda 4 tahun….dan kalau Diploma 3 tahun, them Sarjana Muda akan menjadi 3 tahun sahaja???….adakah begitu??

PHILIP ANAK TINGGI NPQEL16A2 SW2
PHILIP ANAK TINGGI NPQEL16A2 SW2
Guest
3 years ago

Salam….,
Tempoh belajar tu tidaklah terlalu lama jika pelajar terus-menerus menyambung pelajarannya. Kecuali mereka yang dah berumur itu yang mungkin menghadapi masalah sebab bebanan dan komitmen keluarga. Jika ada biasiswa ditawarkan oleh kerajaan atau pihak swasta, mungkin tiada masalah bagi mereka yang telah ada keluarga untuk terus belajar sampir ke peringkat Phd. Terima kash.

hazim
hazim
Guest
4 years ago

saya nak tanya,kalau saya teruskan pengajian saya ke level phd,wajib ke kena ambik stpm?harap encik dapat balas

Alang
Alang
Guest
Reply to  fiziesss
5 months ago

Tuan,saya ambik diploma dlm elektrical 3 tahun and then kalau saya sambung degree elektrical adakah tempoh pengajian akn berkurangan atau sama?

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x