Temuduga : Faktor penyebab gagal temuduga merupakan perkara biasa. Walaubagaimana sekalipun, bagi memastikan anda merupakan salah satu calon yang layak mendapatkan jawatan tersebut, anda WAJIB ketahui faktor penyebab gagal temuduga tersebut.
***GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKSUD ANDA TIDAK BERKUALITI MUNGKIN MASIH BELUM REZEKI LAGI TERUSKAN USAHA UNTUK BERJAYA***
Sekiranya anda berjaya mencari faktor penyebab gagal maka ianya boleh membantu anda memperbetulkan semula cara anda untuk menghadiri temuduga yang lain. Dengan itu, ianya akan lebih memudahkan lagi anda untuk mendapatkan pekerjaa dalam bidang yang anda kehendaki.
5 Faktor Penyebab Gagal temuduga
Antara faktor penyebab gagal adalah disebabkan oleh:-
1) Tidak membuat persediaan dari segi fizikal
Persediaan fizikal ini amatlah penting kerana ianya merupakkan salah satu cara indikasi penilaian yang dilihat oleh semua ahli panel temuduga. Justeru itu, semasa menghadiri temuduga calon WAJIB membuat persediaan fizikal dahulu.
Contoh persediaan dari segi Fizikal adalah seperti:-
- Calon DIGALAKKAN untuk tidur lebih awal agar tidak mengantuk dan tidak bermaya ketika sesi temudga.
Tidur yang mencukupi ini mampu membuatkan seseorang itu kelihatan lebih bergaya dan berkeyakinan.
- Calon DIGALAKKAN untuk memakai pakaian yang kemas
Pakaian yang kemas ini sangatlah PENTING. Menerusi pakaian ahli panel mampu untuk menilai tahap kecaknaan seseorang itu. Walaupun ianya bukanlah satu indikasi UTAMA ketika temudaga tetapi ianya merupakkan line utama untuk dinilai.
Format permatuhan pemakaian semasa mengahdiri temuduga:-
- Menggunkan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga (contoh: baju kurung, kemeja- T, seluar slack, bertali leher)
- PASTIKAN pakai yang dipakai digosok
- ELAKKAN menggunkan pakaian yang terlalu seksi atau terdedah
2) Kurang atau tiada pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon
Kurang atau tiada pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon merupakan salah satu faktor penyebab anda gagal dalam menghadiri temuduga.
Justeru itu, sebelum anda menghadiiri sesi temuduga itu, anda perlu lakukan sedikit ulangkaji berkenaan dengan jawatan atau syarikat yang hendak anda pohon tersebut. Ianya akan lebih memudahkan urusan anda untuk menjawab setiap satu soalan yang dipersoalkan oleh ahli panel.
Tips mudah untuk anda mendapatkan serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon adalah seperti:-
- Google syarikat yang dipohon (latar belakang syarikat, CEO syarikat dll)
- Ketahui serba sedikit berkenaan dengan bidang tugas di dalam jawatan yang dipohon
- Kehendak yang dikehendaki oleh pihak syarikat
Dengan cara ini, calon akan kelihatan lebi berkeyakinan untuk menjawab setiap satu soalan yang ditanyakan oleh ahli panel. Tiada lagi istilah tiada keyakinan diri dan gugup ketika melontarkan pendapatan atau jawapan yang diberikan oleh ahli panel.
***KEFASIHAN KETIKA MENJAWAB SOALAN ADALAH SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN UNTUK MELAYAKKAN DIRI ANDA MENDAPATKAN JAWATAN TERSEBUT***
3) Tidak membawa dokumen yang lengkap semasa menghadiri temuduga
Dokumen yang lengkap semasa menghadiri temuduga merupakan salah satu perkara yang penting. Hal ini akan menyebabkan anda kelihatan tidak melakukan persediaan awal ketika hendak menghadiri sesi temuduga tersebut. Justeru itu, sebagai pemohon jawatan anda DIGALAKKAN untuk membuat persediaan lebih awal untuk menghadiri temuduga. Tunjukan diri anda merupakan seorang sentiasa bersedia dan sistematik dan tersusun semasa mengahdiri temuduga tersebut.
Pastikan anda sudah menyediakan salinan ketika hendak menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 2 salinan bagi setiap keputusan.
4) Personaliti yang tidak sesuai dengan jawatan yang di pohon
Semasa anda hendak menghadiri temuduga anda TIDAK boleh terlalu merendah diri, berbangga diri atau terlalu menonjol ketika menghadiri temuduga. Personaliti ini TIDAK sesuai dalam apa jua jenis pekerjaan yang dipohon. Justeru itu, ELAKKAN sifat atau personaliti ini semasa hendak menghadirikan diri temuduga. Amalkan sifat personaliti yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.
5) Tidak menepati masa
“Masa itu Emas”
“Masa itu ibarat mata pedang”
Semua itu adalah perumpamaan yang sering diberikan kepada orang ramai. Justeru itu, menepati masa adalah satu perkara yang sangat penting ketika hendak menghadiri temuduga. Justeru itu, PASTIKAN anda menepati masa BUKAN sahaja ketika hendak menduduki sesi temuduga tetapi juga dalam segala hal yang lain.
Setelah anda membaca penulisan ini, pastinya calon sudah mengetahui faktor penyebab anda gagal. Dengan ini, anda boleh melakukan persediaan dengan lebih rapi sebelum anda menghadiri sesi temuduga yang akan datang.
***SELAMAT MAJU JAYA BUAT MEREKA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN***
Rujukan :-