Temuduga kerajaan merupakan suatu perkara yang sering menjadi igauan bagi setiap insan. Justeru itu, sebagai orang yang bakal ditemuduga maka mereka WAJIB ketahui 5 faktor penyebab gagal dalam temuduga kerajaan.
***GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKSUD ANDA TIDAK BAGUS TETAPI MUNGKIN MASIH BELUM ADA REZEKI UNTUK BEKERJA SEBAGAI PENJAWAT KERAJAAN***
Sekiranya anda berjaya mencari faktor penyebab gagal temudga bagi memastikan anda memperbetulkan semula cara anda untuk menghadiri temuduga yang lain. Dengan itu, ianya akan lebih memudahkan lagi anda untuk mendapatkan pekerjaa dalam bidang yang anda kehendaki.
Temuduga Kerjaan : 5 Faktor Penyebab Gagal Dalam Temuduga
Antara faktor penyebab gagal dalam temuduga kerajaan adalah disebabkan oleh:-
- Tidak membuat persediaan dari segi fizikal
Persediaan fizikal ini amatlah penting kerana ianya merupakkan salah satu cara indikasi penilaian yang dilihat oleh semua ahli panel temuduga. Justeru itu, semasa menghadiri temuduga calon WAJIB membuat persediaan fizikal dahulu.
Contoh persediaan dari segi Fizikal adalah seperti:-
- Calon DIGALAKKAN untuk tidur lebih awal agar tidak mengantuk dan kelihatan tidak bermaya ketika sesi temuduga.
Tidur yang mencukupi ini mampu membuatkan seseorang itu nampak lebih bergaya dan berkeyakinan ketika menghadiri temuduga.
- Calon DIGALAKKAN untuk memakai pakaian yang kemas
Pakaian yang kemas sangat PENTING. Menerusi pakaian ahli panel mampu untuk menilai tahap kecaknaan yang ditemuduga. Walaupun ianya bukanlah satu indikasi UTAMA ketika temudaga tetapi ianya merupakkan keutamaan dalam bentuk penilaian.
Format permatuhan pemakaian semasa menghadiri temuduga kerajaan:-
-
- Menggunkan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga (contoh: baju kurung, kemeja- T, seluar slack, bertali leher)
- JANGAN memakai pakaian yang TIDAK sopan atau TIDAK mematuhi pemakaian semasa sesi temuduga (PENTING, baca Etika pemakaian untuk menghadiri temuduga kerajaan yang telah disediakan)
- PASTIKAN pakai yang dipakai digosok dan kemas kerana itu adalah penampilan utama anda
- Tidak menepati masa
Menepati masa adalah satu perkara yang sangat penting ketika hendak menghadiri temuduga. Justeru itu, PASTIKAN anda menepati masa BUKAN sahaja ketika hendak menduduki sesi temuduga tetapi juga dalam segala hal yang lain. Mereka yang tidak menepati masa merupakan pekerja yang tidak diingini oleh setiap majikan.
Calon dinasihati untuk menghadirkan diri sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada waktu atau sesi temuduga. Ianya bagi memudahkan calon membuat persediaan terakhir sebelum menghadiri sesi temuduga tersebut.
- Kurang atau tiada pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon
Kurang atau tiada pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon merupakan salah satu faktor penyebab calon gagal dalam menghadiri temuduga. Justeru itu, sebelum anda menghadiiri sesi temuduga, anda perlu lakukan sedikit kajian berkenaan dengan jawatan yang hendak anda pohon. Ianya akan lebih memudahkan urusan anda untuk menjawab setiap satu soalan yang dipersoalkan oleh ahli panel.
Semasa menghadapi sesi temuduga kerajaan anda BUKAN sahaja perlu mengambil tahu berkenaan dengan jawatan yang hendak dipohon malahan anda WAJIB mengetahui berkenaan dengan pengetahuan am.
Tips mudah untuk anda mendapatkan serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon adalah seperti:-
-
- Ketahui serba sedikit berkenaan dengan bidang tugas di dalam jawatan yang dipohon
- Lakukan sedikit kajian berkenaan dengan pengetahuan am seperti kementerian, tema kemerdekaan, tema atau slogan kata yang digunakan oleh pihak kerajaan, geografi kependudukan negara, perlembagaan Negara dll
PERINGATAN!!!
Soalan pengetahuan am bergantung kepada siapa penemuduga dan jawatan apa yang dipohon oleh calon penemuduga
Dengan cara ini, calon akan kelihatan lebih berkeyakinan untuk menjawab setiap satu soalan yang ditanyakan oleh ahli panel. Tiada lagi istilah tiada keyakinan diri dan gugup ketika melontarkan pendapatan atau jawapan yang diberikan oleh ahli panel.
- Tidak membawa dokumen yang lengkap semasa menghadiri temuduga
Dokumen yang lengkap semasa menghadiri temuduga merupakan salah satu perkara yang penting. Setiap satu dokumen yang diperlukan WAJIB dibawa sekali agar ianya memudahkan urusan penemuduga untuk melihatnya.
Justeru itu, calon DIGALAKKAN untuk membuat persediaan lebih awal untuk menghadiri temuduga. Tunjukan diri anda merupakan seorang yang sentiasa bersedia dan sistematik semasa mengahdiri temuduga TERUTAMANYA di dalam sektor kerajaan.
PENTING!!!
Pastikan anda TIDAK membuang email invitation untuk menghadiri temuduga kerajaan kerana menerusi email tersebut terdapat QR code yang WAJIB anda scan semasa menghadiri sesi temuduga.
- Personaliti yang tidak sesuai dengan jawatan yang di pohon
Semasa hendak menghadiri sesi temuduga anda TIDAK boleh terlalu merendah diri, berbangga diri ketika menghadiri temuduga. Personaliti ini TIDAK sesuai dalam apa jua jenis pekerjaan yang dipohon. Justeru itu, ELAKKAN sifat atau personaliti ini semasa hendak menghadirikan diri temuduga. Bersederhana sahaja ketika menjawab soalan yang diberi dan bersifat profesional ketika mengajurkan soalan sekiranya anda kurang faham akan soalan yang diberikan.
ELAKKAN perbuatan ini ketika menghadiri sesi temuduga kerajaan :-
- ELAKKAN bersifat “blur” ketika soalan diajukan kepada anda
- ELAKKAN diri menjawab soalan TANPA melihat atau melakukan “eye contact” dengan penemuduga
- Jaga cara duduk ketika menghadiri temuduga kerana ianya mampu membuatkan penemuduga tidak selesa untuk mengajukan soalan kepada anda
Walau sehebat mana sekalipun kita, tetapi kita adalah orang yang sedang mencari pekerjaan BUKAN mereka yang memberikan pekerjaan maka anda WAJIB mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak penemuduga. Kenalpasti setiap satu faktor penyebab kelemahan andadan perbaikinya sebelum anda menghadiri temuduga.