Temuduga : panduan Temuduga Ke Universiti Awam 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Temuduga merupakan satu perkara yang sangat digeruni oleh setiap calon. Hal ini disebabkan, kebanyakan calon tidak tahu apa yang bakal di soal oleh penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan. Justeru itu, kebanyakan calon akan berasa gementar dan gelabah semasa hari temuduga. Justeru itu, terdapat sedikit perkongsian berkenaan dengan temuduga agar calon yang bakal menghadirinya tidak akan berasa gementar atau hilang fokus. 

TAHUKAH ANDA!!!

Penemuduga adalah mereka yang mahir di dalam bidang yang anda pohon. Justeru itu, penemuduga akan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan bidang yang bakal anda pohon. Disebabkan oleh itu, anda WAJIB ketahui keseluruhan bidang yang anda pohon.

Temuduga : panduan Temuduga Ke Universiti Awam 2021

INFO TAMBAHAN!!!

Lakukan semakan bagi calon STPM yang sudah membuat pemohonan kemasukan ke UPU bermula 15 SEPTEMBER 2021 sehingga 25 SEPTEMBER 2021.

Terdapat dua cara untuk lakukan semakan keputusan kelayakan kemasukan ke UPU. Antara caranya adalah:-

1) Semak di URL

https://jpt.utm.my
https://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
https://jpt.ums.edu.my
https://jpt.umt.edu.my

2) Semaka melalui aplikasi UPUPocket 

TAHUKAH ANDA!!!

Aplikasi UPUPocket ini boleh dimuat turun menerusi apliaksi google play atau app store. Justeru itu, sekiranya calon masih belum sempat menyemak keputusan anda boleh menggunkan aplikasi ini. Ianya lebih mudah dan cepat.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025
***TAHNIAH KEPADA CALON YANG LAYAK UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN ANDA KEPERINGKAT YANG LEBIH TINGGI***

PERINGATAN!!!

Tarikh terima tawaran adalah bermula 16 SEPTEMBER 2021 sehingga 25 SEPTEMBER 2021 SAHAJA. Maka diharapkan calon alert akan tarikh yang dikemukan itu.

Antara panduan temuduga ke Universiti Awam yang mudah adalah:-

Temuduga

1) Persiapan sebelum menghadirikan diri ke Dewan atau tempat temuduga

a) Kaji dahulu latar belakang Univeristi Awam yang di pilih

b) Lakukan kajian pilihan program yang di pohon

c) Bersopan santun ketika melantunkan jawapan atau bertutur dengan panel penilai

d) Lakukan persiapan jawapan kepada panel bagi soalan yang sering menjadi persoalan kepada panel sebagai contoh:-

  • Anda mengambilan bidang aliran kesihatan maka anda WAJIB ketahui

– Slogan Kementerian Kesihatan
– Logo yang digunakan oleh kementerian Kesiahatan dan maksud setiap logo tersebut
– Siapa Menteri Kesihatan dan Pembantu Menteri Kesihatan
– Tema Kesihatan pada Tahun 2021 dll

Dengan wujudnya persiapan yang rapi akan menyebabkan anda kelihatan seperti lebih berkeyakinan untuk berjumpa dengan panel temuduga. Ianya berbeza dengan anda pergi menghadiri temuduga tersebut tanpa ada sebarang persiapan.

e) Sediakan semua dokumen PENTING menegani diri, salinan kad pengenalan, resume, keputusan terkini dll

f) Pilih pakaian yang bersesuaian untuk menghadiri temuduga seperti baju kurung, blouse beserta seluar slack, kemaja T dll

PERINGATAN!!!

ELAKKAN diri daripada memilih pakaian yang terlalu ketat dan menjolok mata ketika menghadiri temuduga ke Universiti Awam ini. Hal ini disebabkan, pemakaian mampu memperlihatkan keperibadian seseorang itu.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

2) Semasa menghadiri temuduga

a) Hadirkan diri satu jam atau setengah jam awal bagi MENGELAKKAN anda berasa kurang selesa ketika berada di kawasan temuduga

b) PASTIKAN anda beri salam atau ucapankan Selamat Pagi kepada panel penemuduga sebelum melangkah masuk ke dalam bilik temuduga

c) Sekiranya ada disediakan kerusi untuk duduk, WAJIB untuk meminta keizinan kepada panel penemuduga untuk anda duduk di atas kerusi tersebut atau tunggu panel penemuduga menjemput anda duduk di kerusi tersebut.

d) PASTIKAN cara duduk anda adalah sopan dan beradab

Temuduga

e) Sentiasa lalukan eye contact ketika menjawab setiap soalan yang diajukan kepada anda

f) Ungkapkan percakapan dengan tenang dan yakin

g) ELAKKAN dari membalas pertanyaan dengan sepatah perkataan sahaja

PERINGATAN!!!

Sekiranya anda TIDAK ketahui akan persoalan yang diajukan kepada anda, anda WAJIB memberi jawapan yang sopan dan ELAKKAN daripada mengoreng setiap satu soalan yang anda TIDAK ketahui.

h) Lakukan atau mmeberi maklum balas dan bertanya soalan sekiranya anda kurang faham akan setiap persoalan yang diberikan kepada anda

i) Berikan ucapan Terima Kasih setelah anda selesai melakukan sesi temuduga tersebut

Sesi temuduga ini dijalankan bagi memastikan pelajar yang diambil benar-benar mempunyai kelayakan di dalam bidang yang diceburinya. Pada masa yang sama, temuduga ini juga merupakan salah satu alternatif untuk menapis pelajar kerana pada masa kini terlalu banyak pelajar yang cerdik pandai. Dengan wujudnya temuduga ini mampu menjadikan salah satu kayu ukur kelayakan seseorang itu dari segi mental dan fizikal.

Diharapkan dengan wujudnya sedikit perkongsian ini dapat membantu para pelajar lebih yakin untuk menghadirkan diri ke sesi temuduga pada masa akan datang. Panduan ini BUKAN sahaja boleh diguna pakai oleh pelajar tetapi ianya juga boleh digunakan pakai kepada mereka yang bakal mengahadirikan diri ke temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. 

***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *