Temuduga Tentera Udara TUDM 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Temuduga Tentera Udara TUDM 2013 1
TUDM

Bagi warganegara Malaysia yang berminat mengikuti Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM, temuduga dan pemilihan awal dibuka untuk mengisi jawatan anggota lain-lain pagkat ( LLP ). Temuduga akan dilakukan sekitar 19 febuari sehingga 20 April 2013 dijalankan mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan.

Kelayakan akademik

Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris. Atau pun memiliki Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran matematik, salah satu subjek sains dan Bahasa inggeris diperingkat SPM.

Info Tambahan :  Kerja Freelance 2023: Kelebihan, Cabaran, dan Cara Memulakan

Lain-lain kelayakan ( rujuk sini )

Dokumen perlu dibawa

Pemohon perlu bawa dokumen asal dan 1 salinan fotostat dokumen-dokumen dibawah:

  • Sijil SPM/ SPMV
  • SKM tahap 2
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Lahir
  • SIjil Berhenti sekolah “ lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan

Jadual pemilihan TUDM mengikut lokasi dan masa :

Temuduga Tentera Udara TUDM 2013 2
Jadual Pemilihan TUDM

Pemohon perlu hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstoking di pusat-pusat pemilihan yang dinyatakan. Masa pendaftaran 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut pengambilan seperti kelayakan lain, syarat fizikal, Keistimewaan menyertai TUDM, gaji dan elaun, anda digalakkanmerujuk iklan penuh ( KLIK SINI )

Info Tambahan :  Applicant Tracking System: Pengalaman dengan ATS Tahun 2023

Semoga permohonan menjadi anggota Tentera Udara TUDM yang diinginkan tercapai demi menjaga keamanan Negara dan semangat cintakan Negara.

6 thoughts on “Temuduga Tentera Udara TUDM 2013

    1. Semangat.. bagus.. tapi dia ada banyak yg perlu ditapis dulu.. nanti kalau ada kami akan cuba terbitkan.. tapi cuba tanya alamat yg diberi tu..mungkin ada lagi yg dibuka masa terdekat ni.

Leave a Reply to amirul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *