- Selamat Hari Lahir
Setelah seharian menguruskan banyak urusan akhirnya malam ni lah ada sedikit kesempatan untuk buka xpresi ni, Semalam baru sahaja xpresi.org 100% pulih, datang pulak masalah laptop yang error window, terpaksalah baiki laptop pula. Setelah selesai tadi, barulah ada kesempatan nak online xpresi ni.
Untuk malam ni penulisan ditujukan khas kepada rakan/sahabat yang betul-betul membuatkan diri ni rasa tidak kesunyian dengan adanya sokongan dari rakan2 yang ucapkan hari lahir pada saya. Walaupun ianya sekadar di facebook, tetapi hakikat bukan senang untuk memberi ucapan walaupun ianya hanya membuat beberapa klik dan menaip. Sebenarnya setiap kedatangan ke profail dan memberi ucapan serta doa kepada rakan lain memerlukan keikhlasan yang telah rakan-rakan tunjukkan. Keikhlasan itulah membuatkan saya terharu.
Sebenarnya dalam hidup saya belum pernah terjadi kemeriahan seperti hari kelahiran kali ini, Kenapa saya katakan demikian, kerana saya bukan sahaja mendapat ucapan dari rakan dalam alam maya, malahan juga banyak mendapat ucapan dari rakan diluar alam maya. Menjelang kedatangan hari lahir juga mendatangkan rezeki yang tiba-tiba serta bersilih ganti, selain itu saya juga mendapat hadiah istimewa dari beberapa individu untuk ulang tahun kali ini. Tetapi yang paling saya gembira apabila rakan-rakan juga mendoakan kesejahteraan, rezeki yang murah serta umur yang panjang.
Sebenarnya saya tidak pernah menyambut hari lahir, jika hari lahir saya biasanya saya sendiri akan memasak masakan istimewa lain dari hari2 biasa untuk ibu saya serta adik beradik. Bagi saya, apa salahnya pada ulang tahun kelahiran, kita menunjukkan penghargaan kepada kedua ibu bapa kita, terutama ibu kita yang hakikatnya pada tarikh tersebut adalah ulang tahun peristiwa kesakitan melahirkan kita.
Memasak masakan istimewa kepada ibu kita sebagai penghargaan kepada kedua ibu bapa kita, yang hakikatnya pada tarikh tersebut adalah ulang tahun peristiwa kesakitan melahirkan kita.
Untuk rakan-rakan, saya rasa saya telah balas kesemua ucapan yang sahabat buat. Semuanya saya sampaikan ucapan terima kasih, Bagi ramai lagi rakan yang tidak berkesempatan ucapkan, mungkin mereka sibuk seperti saya kadangkala juga tidak mengucapkan hari lahir kepada rakan lain, saya amat memahami kesibukan dan niat hati kawan-kawan semua. Yang pastinya saya pandang ianya sebagai satu yang positif dan membina. Kepada semua rakan saya, sempena hari lahir saya, saya ucapkan semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin.
Inilah beberapa rakan online yang telah mengucapkan selamat hari lahir kepada saya , Siti Abdul Rhaman, Nik Noratierah Muhamed Amin, Mohd Hazman J, Erra Tiffany Angki, Aness Ecca, Ahmad Syafawi Ab Aziz, Vannessa Masangkau, Nor Amiyaa Hayati, Ahmad Syafiq, Que Zai Rie, Aresterina Jupilin, Tony Felix, HaimiAmber Kiy Eclair, Jue Juraidah D, E-pik Maspil, Adam Adzeem, Zie Nadzirah, Fatihah Che Hussain, ZoNa Callex, Nik Muhaimi, Syah Apium, Zabreena Zabir, Noorazwani Mohamed, Ayu Kamal, Shah Danial, Pinie Rinie, Khairus Shakirin, Tika Thiqs, Tuan Ijan, Echah Maal, Nura Rad, Faizah Kay, Fenyzhelyn Magami, Rai Idz, Maz Shah, Donna Lisa David, Ku Hyesun, Nor Asmira, REmmeline MBagah, Azwan Abdullah, Mary Goh, Nextbert Rubert, Sbhanim Al-Attas, Ladys Diamond Bay, Audrey Chan, Ammudasir Hashim, Aqmar Mustapha, Frainissia Razlan, Lilian Jeffnih Jeffrin, Otohh Aggah, T-rex Zarton, Cerita Mamat, Aliey Fadley Aries, Fizy GreAts, Nor Aslah Ismail, Onien Ozzou, Fei Felisca Rubert dan banyak lagi…
Oklah itu sahaja untuk malam ni, yang pastinya saya tunaikan janji saya untuk terbitkan satu artikel khas sebagai penghargaan pada yang mengucapkan selamat dan doa mereka. Kenangan ini hanya datang setahun sekali, panjang umur pasti akan berjumpa lagi untuk ulang tahun akan datang.
Terima Kasih.
hehe shappy belated birthday bro. Semoga sentiasa tenang dan happy
Trima Kasih geng..Bas balik kampung lewat sangat ni..hehe..