Terlupa Rakaat dalam Solat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Terlupa Rakaat dalam Solat

Pernah atau selalu berlaku kepada kita yang terlupa bilangan rakaat semasa dalam solat. Ini selalu berlaku semasa solat yang empat rakaat. Nabi SAW telah mengajar kita bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut di dalam hadis baginda daripada Abdurrahman bin Auf.

1. Jika dia tidak memiliki keyakinan sama ada di berada di rakaat ke-3 atau ke-4 (dalam solat zohor,asar , isyak); rakaat ke-2 atau ke-3 (dalam solat maghrib) ; rakaat pertama atau ke-2 (dalam solat subuh); maka perlulah dia memilih rakaat yang paling sedikit.

Info Tambahan :  PdPR : Cara Membantu Anak Minat Belajar Secara Online 2021

2. Sesudah dia memilih rakaat yang paling sedikit, maka perlulah dia meneruskan solatnya seperti biasa sehingga tasyahhud akhir.

3. Apabila sudah selesai melakukan tasyahhud akhir maka perlulah dia melakukan sujud sahwi (sujud sebanyak 2 kali) sebelum memberi salam. Sesudah melakukan sujud sahwi, barulah dia melakukan boleh memberi salam seperti biasa.

4. Tiada bacaan khusus di dalam sujud sshwi. Diam atau membaca tasbih atau membaca seperti sujud biasa sudah memadai.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments