Mungkin kita fikirkan kita mampu mengawal tingkahlaku kita apabila berhadapan dengan orang lain. Namun demikian ada kelemahan tersendiri yang kita tidak dapat kawal. Mungkin kita pernah merasai gemuruh, rasa gemuruh ini merupakan musuh kepada kawalan sikap kita. Pada masa gemuruh ini jantung berdegup kencang dan banyak sel-sel badan yang tidak terkawal. Ini termasuk otak kita yang menghadapi kesukaran untuk menterjemah, mentafsir ataupun membuat keputusan.
Oleh itu, semasa gemuruh atau terkejut merupakan waktu sesuai untuk kita melihat tingkahlaku sebenar atau luar jangka seorang itu. Bagi mereka yang biasa dengan situasi gemuruh tersebut mungkin dapat mengawal pernafasan dan bertindak rasional, tetapi masih ramai yang tidak boleh mengawal tingkahlakunya ketika gemuruh. Semasa gemuruh kita akan dapat melihat 3 corak kelompok tingkahlaku iaitu mania, ilegal ataupun pasif.
Mania dapat kita lihat apabila seseorang itu bercakap dengan terlalu gopoh dan cepat serta mempunyai pergerakan seperti kartun yang cepat dan melucukan. Pada kebiasaanya orang ini mempunyai kisah sendiri dan cuba menyembunyikan rasa malu dan mempunyai personaliti yang teragak-agak dengan keputusannya. Mereka jenis ini lebih terburu membuat keputusan dan berani mencuba dan menerima cabaran.
Ilegal ialah jenis yang biasa dan bersederhana, cara komunikasinya semasa gemuruh ialah dengan bersahaja dan bersederhana. Mereka seperti ini merupakan jenis yang pandai mengawal perlakuan serta biasa berkomunikasi dihadapan orang ramai. Mungkin ada kaitan dengan kematangan yang tinggi serta terbiasa dengan kesusahan.
Pasif ialah jenis yang amat perlahan dan lambat menuturkan sesuatu yang difikirkan. Setiap perkataan yang ingin diberitahu dipendam dan terlalu lama dan tersorok dalam hati dan akalnya. Pada kebiasaannya mereka jenis ini adalah didasarkan dengan sifat malu yang terlalu tebal dalam diri serta kurang keyakinan dalam dirinya. Sifat rendah diri dan tidak yakin dalam dirinya menyebabkan mereka rasakan dan risau dengan ayat atau perkataan yang ingin dilepaskan.