Tingkahlaku langsang dan sifat marah

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Assalamuailaikum, hai jumpa lagi kita malam ni..seminggu telah berlalu, hari ni dah hari jumaat, hari ahad ini saya pulang ke kampung siap naik kapal terbang lagi..rasa rindu juga dihati pada ibu tersayang yang bersendirian walaupun telah kira2.. 12 tahun pemergian ayahnda tersayang..malam ni saya tertarik untuk menulis sedikit fakta berkaitan dengan marah dan tingkah laku langsang..Mula-mula sekali mesti tuan2, puan2, adik2 tertanya2 apa itu tingkahlaku langsang?..hehe..

Menurut pengasas Teori Psikoanalisa Freud ( 1956 ), manusia terdorong untuk bertindak langsang adalah disebabkan oleh naluri kematian atau ,memusnah diri ‘ thanatos ‘. Freud ( 1956 ) mempercayai semua manusia memiliki naluri ini. Naluri kematian ini pada asalnya ditujukan kepada diri sendiri seperti membunuh diri tetapi manusia menyalur keluar dari dalam diri dgn pelbagai cara. Kelangsangan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia bersifat naluri. Menurut Freud, tingkahlaku langsang juga dilihat sebagai tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia. Proses tubuh menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui pendebatan, sukan atau melalui cara lain yang tidak dapat diterima oleh masyarakat seperti pergaduhan dan peperangan.

Marah mempunyai banyak faktor bergantung kepada latar belakang didikan seseorang, setiap faktor yang dipengaruhi tersebut mempunyai pelbagai cara penyelesaian mengikut kesesuaian teknik yang sesuai pada proses terjemahan minda dan kemampuan tubuh badan, namun demikian, tindakan kemarahan yang tidak melalui proses yang betul seperti terjemahan terburu2 atau bertindak diluar kemampuan tubuh badan boleh membinasakan tenaga minda dan memudaratkan badan hasil tingkahlaku yang tidak sejajar.

Kecenderungan untuk marah pula mempunyai kelainan tersendiri, dengan kata lain ada orang yang mudah marah dan ada yang sentiasa cool je walau diserang bertubi2. Misalnya, manusia yang mudah rasa malu dan bersalah dikatakan lebih cepat marah, begitu juga individu yang harga diri tidak stabil ( Tangney et al, 1992 ). sifat marah ini dikategori kepada dua kumpulan besar iaitu type A dan type B. Personaliti A mempunyai sifat2 langsang, bersaing dan berorientasikan masa, mahu mencapai matlamat dengan segera dan berterusan ( tanpa ada kepuasan ) dan kurang penyabar. Ini berlawanan dengan personaliti jenis B yang lebih tenang dalam menghadapi sebarang cabaran.

Setiap jenis personaliti sebanarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri sekiranya ia tidak mengikut proses yang betul. sebagai contoh type A mempunyai kelemahan cepat marah, mudah melakukan perbuatan yang diluar sedar, cepat terasa dan gelabah, namun demikian, kebaikannya type A ini lebih bermotivasi untuk bergerak lebih dalam mencapai matlamatnya untuk maju dan type B pula kelemahan adalah lebih lambat bertindak, kurang bermotivasi dan kehidupannya lebih mementingkan zon selesa dan graf kehidupanya adalah mendatar tidak berubah, kelebihan type B ini..manusia jenis ini lebih tenang dan mampu berfikir dengan bernas hasil dari keputusan yang tidak terburu2, selain itu type B ini mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi berbanding type A yang mudah diserang penyakit tersebut kerana emosi dan perlakuan yang berterusan mampu memudaratkan sistem badan..Personaliti yang mana anda xpresi sekalian?renung2 dan fikirkan..

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here