Tip Menjawab Soalan Penulisan Kertas 1 SPM 2020

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tip menjawab soalan Penulisan Kertas 1 SPM 2020, Penulisan kertas 1 SPM terbahagi kepada 2 Bahagian iaitu Bahagian A dah Bahagian B. Masa menjawab bagi soalan Penulisan ini adalah 2 jam 15 minit.

Calon dinasihati menggunakan masa 45minit bagi menjawab soalan Bahagian A dan 1 jam 30 minit bagi menjawab soalan Bahagian B. Hal ini disebabkan soalan Bahagian B mempunyai markah yang lebih banyak berbanding Bahagian A.

Bahagian A merupakan soalan berbentuk petikan/ gambar rajah/ carta aliran yang sudah mempunyai isi kandungan dan soalan Bahagian A mempunyai 30 markah. Manakala, Bahagian B merupakan bahagian penulisan yang mempunyai 4 soalan dan pelajar hanya perlu menjawab 1 soalan daripada 4 soalan (100 markah).

Contoh soalan Bahagian A:-

Soalan Percubaan Penulisan Kertas 1 Negeri Pahang:

Tip menjawab soalan penulisanSoalan Bahagian A ini pelajar HANYA perlu sediakan HURAIKAN bagi setiap isi yang telah disediakan, dan pada kebiasaannya CADANGAN perengan yang diperlukan adalah dalam 5 perengan SAHAJA termasuk pendahuluan dan penutup.

Ianya bersesuaian dengan isi yang perlu dihuraikan dan jumlah patah perkataan yang perlu ditulis. Dan jangan menghabiskan masa penulisan hanya dengan menjawab soalan Bahagian A ini kerana pelajar perlu sentiasa beringat markah Bahagian A hanyalah 30 SAHAJA.

Contoh Soalan Bahagian B:-

Soalan Percubaan Penulisan KertasKertas 1 Negeri Pahang:

Tip menjawab soalan penulisan
Bagi soalan Bahagian B ini, pelajar disarakan untuk menggunakan kosa kata yang lebih boombastic agar penulisan yang ditulis lebih menarik. Antara tip menjawab soalan penulisan yang mampu menjadikan penulisan menjadi boombastic adalah, pelajar perlu menambahkan ayat:-

a) Menggunakan isu semasa sebagai isi Tambahan kepada penulisan

Contoh soalan:-

Amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran sangat penting dalam kehidupan remaja agar berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera.
Anda bercadang untuk menulis rencana yang bertajuk ” KEPENTINGAN Menjaga Kebersihan diri dan persekitaran dalam kalangan remaja” untuk dimuatkan dalam majalah tahunan sekolah anda. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Isu semasa boleh menarik penanda untuk memberi pelajar markah lebih.

Antara tip menjawab soalan penulisan bagi isu semasa yang boleh digunakan dalam rencana ini adalah:-

√ Kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran mampu MENGELAKKAN diri daripada terjangkiti virus COVID -19. Justeru itu, remaja perlu mengikuti saranakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan dengan 3W (Wash, Wear dan Warn). Sekiranya kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran nescaya kita mampu memutuskan rantaian COVID -19.

b) Peribahasa yang berkaitan dengan huraian atau isi kandungan penulisan
c) Pantun dua kerat atau 4 keratm
Sekiranya pelajar mampu mengingati pantun-pantun yang boleh mengaitkan dengan penulisan yang bakal ditulisnya maka letaklah kerana ayat dalam pantun sangat klasik dan menarik
d) Slogan / Tema/ tanda palang (#) yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan atau NGO

Contoh slogan/ tanda palang (#) yang popular pada musim pandemik ini adalah:-

  • #kitajagakita
  • #kitabelummenang
  • #kitalahfrontliner

Sekiranya pelajar mampu memasukan isu semasa ke dalam penulisan anda maka ianya menunjukkan bahawa anda adalah seorang pelajar yang sangat alert akan isu semasa dan peka akan perkara yang berlaku di persekitaran anda.

e) Kosa kata dan sambungan ayat yang menarik.

Bagi pelajar yang menggunakan isu semasa sebagai isi tambahan, pelajar dinasihati untuk menggunakan kosa kata yang betul seperti VIRUS COVID -19 BUKAN BAKTERIA COVID -19. Kerana pengguna kosa kata yang tidak betul akan menyebabkan anda seolah-olah menghafal isi BUKAN memahami situasi

Antara contoh kosa kata yang boombastic:-

  1. Rakyat Jelata ditukarkan kepada Rakyat Marhaen
  2. Ikatan kepada wasilah
  3. Seluruh kepada seantero
  4. Tidak berubah/ sudah diterima umum kepada Mapan
  5. Ramalan kepada Prognosis
  6. Ambil Berat kepada Cakna
  7. Menyeluruh/ lengkap kepada tuntas
  8. Lebih baik kepada afdal

Sekiranya pelajar mampu memasukkan kelima-lima element penulisan di atas ini, maka pemarkahan yang diberikan dalam penulisan adalah lebih tinggi TETAPI perlu diingati oleh para pelajar setiap isi dan penggunaan kosa kata haruslah betul dan tepat.

Selain daripada pelajar fokus kepada cara untuk menjawab soalan peperiksaan, perkara lain yang pelajar perlu ambil tahu dan fokus untuk berjaya dalam setiap matapelajaran adalah:-
√ Jangan pernah putus berdoa setelah berusaha
√ Setelah keluar SAHAJA dari dewan peperiksaan lupakan segala jawapan yang telah diberikan
√ Setelah anda berusaha dan berdoa maka jalan terakhir adalah tawakal kepada Allah kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang
√ Jangan lupa untuk memohon doa daripada ibu bapa dan guru
√ Memohon maaf kepada semua sahabat yang pernah disakiti

“Kejayaan itu penting dalam hidup setiap insan, TETAPI kejayaan yang sebenarnya adalah keredha Allah dan ibu bapa yang sukar untuk kita kecapai. Justeru itu, sentiasalah bersyukur dalam usaha yang sedang kita lakukan”

 

“Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2020 kepada semua calon”

Rujukan:-
1) http://lp.moe.gov.my/index.php/makluman-spm/958-buku-format-sijil-pelajaran-malaysia-2021
2) Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Malaysia Cawangan Pahang (Daerah Maran)

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )