Ada sebuah hadis yang menjelaskan kepentingan mendidik anak
Hadis bermaksud:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh ” [Riwayat Muslim]
Anak-anak adalah amanah yang diberikan Allah kepada setiap ibu bapa. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan ‘kain putih’ itu. Ibu bapa sekaligus menjadi role model dalam hal ini. Kerana itulah disebutkan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Untuk mendidik anak haruslah bermula dari dalam perut. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi di dalam perut sebenarnya memberikan respon terhadap apa sahaja bunyi yang didengar dan sentuhan yang diberikan oleh ibu.
Ini adalah tips berkasan dalam mendidik anak menjadi insan yang soleh.
– Persekitaran yang baik – termasuklah kawasan kejiranan, sekolah, dan masyarakat sekeliling.
– Solat berjemaah sama ada di rumah atau di masjid serta keraplah mengahdiri majlis ilmu.
– Ibu bapa jangan pilih kasih. Sentiasa berlaku adil terhadap anak-anak dengan mengambil kra faktor jantina, umur, dan peribadi.
– Tidak memberi kemewahan berlebihan dan kurang kasih sayang.
– Namun jangan pula berlebihan dalam memberi kasih sayang, jika tidak akan menjadi seperti ‘Anakku Sazali’. Ingatlah selalu marah tandanya sayang.
– Ibu bapa harus peka dengan kehendak semasa selari peredaran zaman. Jangan selalu membandingkan kehidupan dahulu dan inginkan anak-anak begitu. Cukuplah memberikan mereka peringatan bahawa sebarang kesenangan yang ada kini lahir dari jerih perih orang dahulu.
– Budayakan SOLAT dalam jiwa anak-anak biarpun mereka masih kecil – ajar anak-anak cara wuduk, cara solat yang betul serta bawa mereka ke masjid berjemaah.
– Doa adalah senjata paling utama. Maka berdoalah agar anak-anak melalui jalan yang benar dan lurus.
Wallahualam.