Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan Pada Musim Pandemik 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips bantu anda mencari pekerjaan pada musim pandemik yang masih ramai perlu ketahui. Dari hari ke hari kita kerap mendengar ramai yang kehilangan pekerjaan pada musim pandemik ini. Justeru itu, diharapkan dengan adanya bebrapa tips yang bakal kami sediakan ini dapat membantu anda mencari pekrjaan pada musim pandemik ini.
PASTIKAN diri anda sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam pencarian kerja ini kerana dugaan semasa pandemik ini sangat besar. Justeru itu, persediaan fizikal dan mental sangatlah penting.

Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan Pada Musim Pandemik 2021

Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan

Sebagai majikan sudah menjadi lumrah untuk mendapatkan pekerja yang bijak dalam sesuatu hal dan mampu untuk memberikan mereka pulangan yang hebat sekiranya mengajikan pekerja. Justeru itu, anda perlu ketahui apa yang dikehendaki oleh sesebuh syarikat tersebut. Menerusi penulisan kali ini, anda akan ketahui Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan semasa musim pandemik ini. 

Antara tips bantu anda mencari pekerjaan pada musim pansemik ini adalah seperti:-

1) PASTIKAN resume yang dihantar adalah lengkap dan tidak membosankan penemuduga untuk memanggil anda bekerja.

Kebanyakan mereka yang sedang mencari pekerjaan akan menyediakan resume bagi menarik minat syarikat memanggil mereka untuk di temuduga. Justeru itu, sebagai pemohon pekerjaan anda perlu bijak meletakkan apa yang penting di dalam resume anda.
ELAKKAN menyediakan resume lebih daripada 2 muka surat.

Info Tambahan :  Applicant Tracking System: 4 Kelebihan dan Tips Tackle Dalam Resume

Hal ini akan menyebabkan mereka yang membaca resume anda malas untuk membaca resume kerana terlalu panjang. Sediakan resume yang ringkas tetapi padat dengan info pemohon. Ianya lebih menarik dan mudah untuk pihak penemuduga untuk membacanya.

2) Ketahui kemahiran yang dikehendaki oleh majikan yang hendak mencari pekerja.

Pada musim pandemik ini BUKAN sahaja segulung ijazah anda perlu utarakan malahan anda perlu bijak ketahui kehendak majikan untuk mengajikan anda. Justeru itu, anda perlu ketahui kemahiran yang dikehendaki oleh sesebuah syarikat TERUTAMANYA pengambilan pekerja semasa musim pandemik ini sangat terhad dan banyak pesaingan. Disebabkan oleh itu, sebagai calon anda WAJIB lebih menonjolkan diri berbanding calon lain.

Antara kemahiran yang dikehendaki oleh pihak syarikat adalah:-

 

  • Skill komunikasi yang baik 

Skill komunikasi ini sangat penting bagi memastikan setiap pekerja dapat berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan betul. Skill komunikasi ini juga sangat PENTING bagi mereka yang sering berjumpa dengan orang ramai TERUATAMANYA di bahagian pekerjaan customer services.

Sekiranya anda mempunyai skill komunikasi yang baik maka mudah untuk anda bekerja di dalam satu pasukan. Hal ini disebabkan bekerja di dalam satu pasukan mampu membuatkan sesuatu organisasi lebih teratur dan kuat. Pada masa yang sama, ianya memudahkan anda untuk meneysuaikan diri dalam suasana pekerjaan yang baharu.

Menerusi skill komunikasi anda mampu untuk membuatkan penilai membuat pilihan yang bijak. Justeru itu, asahlah sikll komunikasi anda agar anda terlihat lebih menyerlah daripada orang lain.

  • Bijak dalam menguruskan masa

Pengurusan masa sangat lah penting bagi memastikan setiap kerja siap tepat pada masanya. Justeru itu, anda perlu bijak dalam mengurusakan masa dalam setiap satu urusan yang diberikan.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Justeru itu, semasa sesi temuduga anda perlu bijak mengatur sesuatu yang penting dahulu sebelum sesuatu yang tidak. Semua ini akan dapat di lihat menerusi jawapan yang anda berikan kepada penemuduga. 

  • Bijak dalam menyelesaikan masalah

Dalam setiap satu organisasi mereka memerlukan pekerja yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Hal ini bagi memudahkan lagi urusan mereka dan mudah untuk mereka meraih keuntungan dan ELAKKAN daripada rugi. Justeru itu, anda perlu bijak menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi.

Tips bijak menyelesaikan masalah adalah :-

    • Cari punca utama masalah yang dihadapi
    • Bertenang dan berfikir secara rasional ketika mengemukakan permasalahan
    • Mengkaji faktor penyebab permasalah ini boleh terjadi
    • Berfikiran terbuka

Berfikiran terbuka ketika menjawa setiap satu soalan penemuduga. Walaubagaimana sekalipun anda perlu bijak dalam memberikan jawapan BUKAN memberi jawapan yang tiada tiada kaitan dengan soalan yang diberikan.

  • Beretika ketika melakukan pekerjaan

Etika kerja sangat penting dalam sesuatu pekerjaan. Justeru itu, anda perlu sentiasa beretika ketika menjalankan pekerjaan anda. Mudah sahaja penemuduga mahu ketahui sama ada anda merupakkan seorang calon yang beretika atau tidak.

Caranya adalah menerusi pemakaian dan masa anda hadirkan diri ke pusat temuduga. Maka sebagai job hunter anda perlu bijak menonjolkan diri kepada penemuduga anda. 

3) Ikuti program carian pekerjaan yang di anjurkan oleh pihak kerajaan

Semasa musim pandemik ini, banyak yang telah pihak kerajaan anjurkan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Justeru itu, sebagai calon yang sedang mencari pekerjaan anda boleh melayari laman web kerjaaan untuk mendapatkan maklumat terkini pekerjaan kosong atau progarm yang sedang di anjurkan oleh pihak kerajaan. Antara program yang sedang dianjurkan oelh pihak kerajaan adalah:-

Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan

Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka ruang untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk mendapatkan semangat untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka idamkan. 

***SELAMAT MENCUBA TIPS YANG DIBERIKAN DAN SELAMAT MAJU JAYA***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *