Sudah semestinya belajar adalah perkara yang agak membosankan. Namun bagi para pelajar, anda wajib belajar. Dan apabila kita dekat dengan peperiksaan penting, kita selalunya meluangkan lebih masa untuk belajar. Tetapi, selalunya baru 20 minit membaca, rasa mengantuk akan menyerang kita dengan segera. Maka kita akan hilang fokus.
Jadi disini ingin berkongsi bagaimana cara kita mengatasi rasa mengantuk semasa sedang belajar, sama ada di dalam kelas atau semasa belajar sendiri.
1) Kenal pasti tanda mengantuk anda dengan segera.
Ini amat penting terutamanya semasa di dalam kelas. Bimbang anda akn tertangkap tidur semasa guru atau pensyarah mengajar. Simptom utama biasanya adalah menguap.
2) Basuh muka, tidak kira anda di rumah atau di kelas anda patut bangun dan pergi ke tandas untuk mencuci muka bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kadang-kadang, semasa anda berjalan menuju ke tandas itu juga satu cara menghilangkan mengantuk.
3) Jika tidak mahu ke tandas, gerak-gerakkan tangan dan kaki anda. Buat senaman-senaman ringan yang tidak memerlukan anda bangun dari tempat duduk anda. Goyang-goyangkan tangan dan kaki.
4) Mengantuk itu datang hasil daripada kurangnya oksigen yang pergi ke otak kita. Maka jika anda sedang belajar sendiri di rumah, buka tingkap dan menghadap suasana yang nyaman di luar terutamanya pokok-pokok.
5) Segarkan mata anda dengan memandang benda-benda semulajadi terutamanya yang berwarna lembut seperti hijau daun dan birunya langit. Luangkan seminit dua sebelum menyambung semula untuk menelaah pelajaran.
6) Bagi muslim, amatlah baik kiranya apabila anda mengantuk, ambillah wuduk. Terutamnya apabila belajar di waktu tengah malam, ambillah wuduk dan tunaikanlah solat-solat sunat. Kemudian sambung kembali belajar. InsyaALLAH, rasa mengantuk yang juga permainan syaitan itu akan hilang.
Wallahualam.