Tips Belajar – Apabila Sukar Memahami Apa yang Diajar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

bljar ilmu

Saya dahulunya boleh dikatakan cepat tangkap apabila sesuatu subjek atau topic baru diajar oleh guru. Bukanlah membangga tapi begitulah hakikatnya, kerana itulah saya kadangkala hairan bagaimana sesetengah pelajar sukar memahami apa yang diajar guru. Maka, saya simpulkan tips di bawah sebagai panduan mereka yang agak sukar memahami apa yang diajar.

1)      Rajin bertanya

  • Banyakkan bertanya kepada guru apabila sesuatu itu tidak difahami. Seeloknya, terus berjumpa guru selepas kelas dan mana-mana waktu lapang agar tidak lupa. Anda mungkin sukar memahami apa yang diajar semasa di dalam kelas namun apabila tumpuan guru diberi 100% kepada anda sahaja, InsyaAllah anda akan mula mendapat kefahaman yang diperlukan.

2)      Beri tumpuan

  • Jangan sesekali berangan semasa guru mengajar di hadapan. Apabila guru mengajar beri tumpuan sepenuhnya, barulah kita tidak akan tertinggal sesuatu maka pelajaran akan mudah difahami.

3)      Catat nota

  • Mencatat adalah sesuatu yang baik dilakukan dan menjadi amalan orang bijak pandai. Bagi mereka, setiap ilmu itu adalah baik dan ada kegunaannya di kemudian hari. Maka catatlah segala yang penting dan berulang kali membacanya. Otak kita bukannya hebat seperti komputer yang membolehkan kita mengingat semua perkara hanya sekali dengar.

4)      Berbuat baik kepada guru

  • Hormatilah guru anda walau siapapun mereka kerana merekalah yang memberikan ilmu kepada kita. Nilai gaji seorang guru tidak akan pernah mampu bersamaan dengan segala ilmu dan usaha yang dicurahkan.
  • Berbaik dengan guru bukan bermakna anda perlu berkepit 24 jam dengan mereka atau selalu datang ke rumah mereka. Cukup sekadar berbuat baik, mendengar kata mereka dan jangan melakukan sesuatu yang menyakitkan hati. InsyaAllah berkat hubungan baik dengan para guru, maka Allah akan berbuat baik kepada kita dan membantu dalam pelajaran.

5)      Amalkan ilmu

  • Ini yang selalu dilupakan oleh semua orang. Ada ilmu tapi tidak diamal. Amalkan ilmu yang baik, maka ilmu itu tidak akan hilang.

6)      Tuntut ilmu dari kawan

  • Berdasarkan pengalaman saya di sekolah, ada sesetengah orang yang kurang faham hanya semasa di dalam kelas. Tidak pasti sebabnya. Apabila di luar, sesetenagah mereka ini lebih memahami apa yang diajar oleh kawan. Maka, bagi yang lemah banyakkan dekati mereka yang lebih pandai dan faham subjek tersebut, lalu tuntutlah ilmu darinya. Mungkin cara penerangan guru di dalam kelas kurang sesuai dengan anda, maka kawan anda InsyaAllah dapat menolong.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top