Tips Belajar Saat Akhir / “Study Last Minute” [Khas buat Calon PMR 2012]

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips Belajar Saat Akhir / "Study Last Minute" [Khas buat Calon PMR 2012] 1

Semua sudah maklum bahawa Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bakal menjelma tidak lama lagi bermula 9 Oktober 2012. Sudah tentu semua calon PMR sedang bertungkus lumus belajar. Saya banyak membaca luahan perasaan mereka yang tertekan belajar untuk PMR ini di blog dan juga Facebook. Tidak kurang juga yang menggunakan saluran radio. Jangan bimbang, PMR ini boleh saya katakan hanya langkah kecil dalam hidup tapi punya peranan yang besar. Saya juga sudah lebih 7 tahun yang lalu mengambil PMR sebenarnya. Jadi disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk membantu adik-adik menghadapi PMR dengan jayanya.

Tips study PMR “last minute”

1) Baca buku – hendak ‘exam’ mestilah baca buku, tetapi ada cara membaca bagi ‘study last minute’ ni iaitu:

Tips Belajar Saat Akhir / "Study Last Minute" [Khas buat Calon PMR 2012] 2

  • Baca ringkasan – kalau pelajar rajin buat nota awal-awal dulu memang senanglah hidup, tapi bagi yang
    tidak berapa rajin tu anda perlu tahu benda penting yang perlu dibaca, jangan baca satu buku teks tu. Ini penting terutamanya subjek sejarah yang perlukan menghafal.
  • Nota pendek – ini pun bagi mereka yang dah siapkan nota pendek ni awal-awal. Tapi kalau pun ada pelajar yang malas, buat-buatlah baik dengan mereka yang rajin ni,pinjam nota dan fotostat dan baca.

2) Rajin jumpa cikgu – masa macam nilah cikgu akan banyak bagi tips soalan dan cara nak jawab. Jangan segan-segan nak jumpa cikgu.

3) Bincang – bincang dengan kawan apa yang dah dibaca, “study group”. Ianya amat berkesan di saat akhir begini. Membantu untuk lebih ingat.

4) Jangan tidur lewat – memanglah masa dah suntuk, tapi tidur lewat bukan caranya. Ianya hanya akan lebih melemahkan anda untuk belajar keesokannya. Tetapkan masa tidur, paling bagus tidur pukul 10 mlm. Esok pagi bangun awal untuk belajar lagi.

5) Jangan hapuskan masa bermain – hanya kurangkan. Anda masih perlukan masa sendiri untuk bermain atau bersukan bagi melegakan tekanan seharian belajar.

6) Banyakkan berdoa – bagaimana kuat pun usaha kita, Allah jua yang menentukan segalanya, jadi jangan sombong sangat tak mau menghadap Allah. Minta lah pada dia ketengan semasa menjawab. Kukuhkan ibadah dan beramal. Tapi mestilah ikhlas kerana Allah, bukan sebab nak lulus sahaja.

7) Minta ampun kepada semua orang – yang paling penting Ibu Bapa kita. Minta mereka doakan kita, bukan untuk lulus ‘exam’ sahaja tapi juga supaya semasa belajar ilmu itu dapat diserap dengan baik. Doa ibu bapa paling berkat.

Demikian antara tips yang boleh diamalkan bagi mereka yang benar-benar ikhlas ingin berjaya dalam PMR kali ini.

Pelajar harus pandai menyusun masa dan jangan stress yang keterlaluan. Tips Belajar Saat Akhir / "Study Last Minute" [Khas buat Calon PMR 2012] 3

Sekian.

Wallahualam dan untuk semua calon PMR:

Tips Belajar Saat Akhir / "Study Last Minute" [Khas buat Calon PMR 2012] 4

Leave a Reply