Tips Belajar Subjek yang Tidak Diminati

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips Belajar Subjek yang Tidak Diminati 1

Berapa ramai antara kita pelajar yang buat masa sekarang sedang mengambil kursus yang kurang atau tidak diminati? Jika dibuat kajian saya percaya peratusannya adalah tinggi. Sama ada atas permintaan keluarga atau desakan keadaan, semuanya sama sahaja keputusannya. Ini adalah bagi pelajar universiti. Semasa di sekolah pun masalah yang sama timbul. Pastinya ramai yang tidak meminati subjek matematik. Rata-rata rakan saya begitu; amat anti kepada nombor. Di sini saya hanya ingin memberikan 4 tips.

Tips Belajar Subjek yang Tidak Diminati 2

4 Tips belajar subjek yang tidak diminati:

1) Berfikiran positif – anda pasti merasakan bahawa subjek tersebut adalah tidak berguna untuk anda. Hentikan pemikiran sebegitu! Positiflah bahawa kemungkinan subjek atau apa yang anda pelajari bakal memberi manfaat untuk anda di masa hadapan yang masih tidak dapat anda membayangkan.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

2) Tidak tergesa-gesa – biasanya bagi sesuatu yang kita kurang minati maka prestasi adalah kurang dalam perkara tersebut. Jangan putus asa dan bersabarlah. Kita biasanya lebih lambat memahami subjek yang kita tidak minati. Yang penting kita terus berusaha dan tidak putus asa.

3) Tanamkan minat – berusaha untuk meminatinya terutamanya bagi pelajar universiti yang pastinya sukar untuk berpatah balik. Contohnya mereka yang tidak minat sains tetapi menagmbil kursus kedoktoran. Buka hati dan minda anda, cuba sedaya upaya. InsyaAllah jika ditakdirkan, setelah beberapa waktu minat itu akan datang secara semulajadi.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

4)  Meluangkan lebih masa – luangkan lebih masa untuk subjek tersebut. Ini supaya kita lebih ‘mesra’ dengannya dan akhirnya akan bertambah selesa dengan subjek itu. Carilah juga kawan-kawan yang meminati subjek tersebut. Dengan ini anda akan tahu mengapa mereka meminatinya dan bertambah seronok untuk anda belajar.

Sekian.

Disediakan oleh niaron

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *