Tips bercakap dikhalayak ramai

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perkara utama yang perlu diusahakan ialah menghilangkan rasa gugup dan takut, hal ini kerana perasaan ini akan menggangu penyampaian dan mesej yang ingin kita sampaikan. Untuk menghilangkan rasa gugup terlebih dahulu kita mengamalkan senaman pernafasan dan belajar mengawal pernafasan. Perlakuan gugup ini adalah normal kerana perasaan takut tersilap ketika bercakap dan mengawal tingkahlaku membuatkan diri terus gugup ketika dikhalayak ramai.

Selain itu, perlu juga untuk kita bercakap dengan penuh semangat dan yakin. Perlakuan yang menunjukkan keyakinan membuatkan orang tidak ragu-ragu mempercayainya serta membuatkan orang focus mendengar apa yang ingin kita katakan. Hal ini membuatkan motivasi kepada diri kita untuk terus yakin dan menghilangkan rasa tidak yakin dalam diri.

Kebanyakan orang yang ingin bercakap dikhalayak ramai ini mudah rasa rendah diri dan membuat tekaan bahawa ada orang lain yang mendengar lebih banyak tahu dari kita. Tanggapan ini membuatkan diri rasa kecil dan menggangu kosentrasi serta konsep kendiri yang bercakap hingga boleh menimbulkan rasa gugup. Untuk itu penting untuk menganggap pendengar tidak tahu apa yang bakal kita sampaikan kerana hanya kita sahaja yang tahu apa yang ingin kita sampaikan.

Dalam komunikasi bahasa juga memainkan peranan penting, penggunaan bahasa haruslah mengikut aras yang sesuai. Sebagai contoh apabila bercakap dikhalayak pelajar universiti penggunaan laras yang lebih mendalam diperlukan, begitu juga istilah-istilah dan konsep boleh dihuraikan. Walaubagaimanapun apabila bercakap dihadapan kanak-kanak penggunaan laras bahasa yang rendah dan mudah difahami perlu bagi membantu kanak-kanak mudah tertarik.

Semasa bercakap dikhalayak ramai perlu untuk kita membina keyakinan hadirin terhadap kebolehan kita. Hal ini kerana perhatian dan keyakinan hadirin mampu menimbulkan semangat dan keyakinan dalam diri kita.

Akhir sekali adalah perlu untuk bersungguh-sungguh semasa bercakap dikhalayak ramai, melalui kesungguhan yang dizahirkan secara tidak langsung memberi gambaran kepada pendengar bahawa apa yang hendak disampaikan adalah penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *