Tips Bergelar Mahasiswa / Mahasiswi Berjaya

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bergelar seorang mahasiswa universiti memang menjadi impian setiap orang. Belajar di bilik berhawa dingin, ke sana sini bersama buku, mendapatkan bahan rujukan dan bacaan di universti juga dikelilingi kawan-kawan yang mempunyai satu tujuan yang sama dengan anda merupakan perkara yang dikejar oleh setiap individu. Namun, berapa ramai yang sedar akan hakikat ini bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang mahasiswa universiti yang berjaya. Sedarkah anda berapa ramai yang berjaya dan berapa ramai yang kecundang pada landasan yang sepatutnya menjadi aras penentu sebuah kejayaan.

Mahasiswa/ mahasiswi
Mahasiswa/ mahasiswi

Saya kongsikan kepada anda tips yang boleh anda ikuti untuk menjadi seorang mahsiswa yang berjaya dan mampu memperolehi kejayaan yang anda ingin gapai di menara gading. Selangkah kaki anda telah berada di universiti, oleh itu gunakan kesempatan dan peluang yang ada.

5 Tips Bergelar Mahasiswa Berjaya

Tumpuan kepada cita-cita anda

  • Sentiasa ingat tujuan anda berada di universiti. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada cita-cita anda yang ingin menjadi seorang insan yang berjaya apabila melangkah keluar menjadi universiti. Jangan leka kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan anda dari terpesong dari tujuan sebenar anda.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Tetapkan target prestasi akademik anda

  • Anda perlu menatapkan target anda dalam untuk mendapaikan pencapaian yang anda inginkan. Ini bertujuan untuk anda kekal dengan prestasi yang baik dan menjadu batchmark anda untuk mencapai target yang terbaik. Pastikan apabila anda telah menentapkan target tersebut, anda berusaha sebaik mungkin untuk mencapainya.

Aktifkan Diri

  • Ikutilah pelbagai seminar ataupun aktiviti yang dianjurkan pihak universiti. Penglibatan anda dalam aktiviti-aktiviti sebegini mampu mencetus pelbagai idea yang bernas dan mampu menjadikan diri anda berdiri seiring dengan individu-individu yang berjaya. Janganlah jadi mahasiswa yang hanya melihat kejayaan insan lain. Anda ingin berjaya tapi hanya berangan dalam impian. Lihatlah pada dunia yang nyata.

Bijak Berkawan

  • Jangan terpedaya dengan rakan – rakan yang merugikan masa depan anda. Berkwan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut merasa tempias wanginya. Berdampinglah dengan rakan-dakan yang ingin berjaya dengan cemerlang. Dekati mereka dan perhatikan cara mereka untuk mencapai kejayaan. Cara ini merupakan salah satu kunci untuk anda menjadi insan yang berjaya sebagai mahasiswa.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Rajin Berolahraga

  • Rajinkalah diri anda untuk berolahraga dan bersenam. Curi-curilah masa agar anda dapat menjalankan aktiviti yang dapat mencergaskan diri anda. Kalau anda tiada masa sekalipun untuk bermain bola sepak ataupun bermain bola tampar, cukuplah jika anda dapat buat aktiviti senaman ringan. Di bilik pun masih boleh bersenam. Jangan menggunakan 1001 alasan untuk beriadah kerana terdapat banyak manfaat jika anda mampu lakukannya. Otak yang cerdas dari badan yang cergas.

Semoga perkongsian ini menjadikan anda menjadi insan baru yang berjaya. Ingatlah kembali betapa susah untuk anda memasuki ke alam universiti. Gunakanlah peluang yang anda miliki sebaik mungkin. Moga ianya bermanfaat buat anda yang bergelar mahasiswa / mahasiswi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *