Tips Calon Temuduga Yang Mudah Lulus

0
9
Temuduga Yang Mudah Lulus
Temuduga Yang Mudah Lulus

Semua bakal temuduga idamkan menjadi calon temuduga yang mudah lulus pekerjaan yang dipohon. Setiap kali selepas sesi temuduga, pasti anda akan mengimbas kembali detik sewaktu dalam sesi temuduga tersebut bersama penemuduga. Mula imbas kembali soalan – soalan yang diajukan serta jawapan yang telah anda berikan. Dan pada ketika waktu inilah anda mula menyedari kesilapan-kesilapan yang telah anda lakukan pada waktu tersebut. Hendak menyesal pun tiada guna. Perkara sudah lepas jangan dikenang. Apa kata, anda gunakan kesilapan tersebut untuk memperbaiki sesi temuduga lain sekiranya anda dipanggil.

Bagaimana caranya untuk anda ‘trick’ penemuduga tersebut agar mereka lebih melihat anda tampil berkeyakinan dan layak dengan jawatan yang telah dikeluarkan.

Amalkan 5 Tips Calon Temuduga yang mudah lulus

Pakai pakaian dengan warna yang mengambarkan imej yang tepat

Untuk pengetahuan anda, warna pakaian sangat memainkan peranan. Setiap warna yang anda pakai melambangkan sesuatu tanggapan daripada penemuduga. Contohnya warna hitam melambangkan kebolehan anda yang berpotensi untuk menjadi ketua. Selain itu, warna biru juga turut melambangkan diri anda yang boleh bekerja dalam satu kumpulan. Bayangkan kalau anda memakai baju berwarna warni dengan anggapan mahu melambangkan semua imej. Apa pula tanggapan penemuduga ? Tepuk dada tanya pada diri sendiri.

Baca Juga :  Tips Menghadapi Peperiksaan Untuk Keputusan Yang Cemerlang

Sesuaikan jawapan yang diberikan bergantung kepada usia penemuduga

Ramai diantara calon temuduga yang gabrah bila diajukan soalan oleh penemuduga. Sebenarnya, mudah sahaja untuk mengatasi rasa gabrah tersebut. Cuba anda menjawab soalan yang diajukan bergantung kepada usia mereka. Begini, jika anda melihat penemuduga tersebut dalam kalangan orang yang berusia 30 an, anda harus bijak memberikam jawapan mengikut kepada cara pemikiran orang 30 an berfikir. Cuba menambat mereka melaui cara pemikiran mereka. Cara ini dapat membantu calon temuduga untuk berfikiran seiring seperti mereka.

Keluarkan ayat puji pujian kepada syarikat tersebut

Pikat hati penemuduga dengan cara memuju syarikat tempat mereka bekerja. Kaji dan selidik pencapaian dan kejayaan syarikat yang telah berjaya diraih. Jangan lupa untuk selitkan tentang pencapaian syarikat yang berjaya melahirkan pekerja yang berdedikasi dan berjaya. Ketika sedang sibuk memuji, perlu juga memuji dengan bukti. Lampirkan sekali pencapaiam syarikat yang anda tahu. Mungkin ketika itu, penemuduga akan merasa kagum kepada anda yang mengambil berat terhadap syarikat tersebut.

Baca Juga :  Aplikasi Android Percuma Untuk Belajar PT3, SPM dan STPM

Jujur dengan kelemahan diri

Jujur dan lebih berterus terang adalah lebih baik berbanding berselindung. Jawab secara spintan apabila penemuduga bertanya tentang kelemahan anda. Sekiranya anda dipilih, kelemahan anda akan dapat diperbaiki dan mudah bagi mereka untuk melatih anda dengan skop kerja yang diberikan. Jangan segan dan malu untuk membuat oengakuan tentang kelemahan diri anda sendiri.

Bercakap dengan penuh perasaan dari hati

Pastikan anda tidak bercakap seperti syok sendiri. Janganlah bercakap dengan suara yang mendatar dan mengakibatkan penemuduga berasa bosan dengan anda. Pastikan anda mampu bercakap dengan nada yang penuh berintonasi bahawa anda berminat hendak mengisi kekosongan jawatan tersebut.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :