Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan UPU telah dibuka hari ini, namun demikian terdapat beberapa tips dan cara permohonan UPU untuk tahun 2024 / 2025 ini. Permohonan UPU ini dianggap penting kerana melalui permohonan UPU ini ia adalah pilihan popular lepasan SPM dan STPM setaraf membuat pilihan melanjutkan pengajian samaada ke peringkat sijil, diploma, asasi, ataupun ijazah.

Cara Permohonan UPU 2024/2025 dan Apa itu UPU

Bagi yang masih baru dengar berkaitan UPU ini, UPU adalah satu pusat permohonan ke pelbagai institusi pengajian tinggi Awam, seperti Institusi kemahiran dan Universiti awam juga institusi kendalian MARA. Lepasan SPM/ STPM perlu memohon melalui online mengikut tarikh yang di tetapkan mengikut fasa-fasa permohonan yang dibuka. Beza paling ketara tahun ini dan tahun sebelumnya, permohonan UPU tahun ini perlu membeli no pin.

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

Cara Permohonan UPU 2024/2025

Apa itu no pin UPU

No pin UPU ialah no akses yang dijana melalui komputer yang perlu dibeli di BSN terdekat. Melalui PIN yang dibeli, perlu dimasukkan jika diminta semasa ingin mengakses sistem permohonan UPU online. Setelah anda berjaya mengakses sistem, barulah anda boleh memulakan permohonan.

Maklumat Penting Cara Permohonan UPU

Berikut ialah maklumat penting permohonan UPU 2024/2025 :

Untuk permohonan ke UPU bagi ambilan 2024/2025. sila beli pin bernilai RM10.60 mulai hari ini pukul 10.00 pagi.

Cara pembelian:
1. Pembelian secara online (ada no akaun BSN)
2. Pembelian di kaunter BSN.
3. Pembelian di ATM BSN.

PERMOHONAN UPU ada 2 fasa:
📆 Untuk FASA 1 dibuka mulai 28/2 – 29/3
📆 Untuk FASA 2 dibuka mulai 29/4 – 9/6

Kepada pelajar yg ingin memohon course yg perlu temuduga, pastikan anda memohon ketika FASA 1.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Semua institusi bawah MARA juga boleh dimohon melalui UPU. Maka pilihan untuk pelajar lebih terhad.

Institusi MARA seperti di bawah:
✅ IKM ( Institut Kemahiran Mara)
✅ KM ( Kolej Mara)
✅ KKTM ( Kolej Kemahiran Tinggi Mara)
✅ KPM ( Kolej Profesional Mara)

Pastikan kaji betul-betul susunan 12 pilihan yang ingin dimohon kerana kali ini saingan lebih sengit dan pilihan utk memilih juga terhad kerana semua institusi MARA juga perlu mohon bawah UPU.

Mohon guna keputusan percubaan SPM

Mengikut maklumat yang kami terima, oleh kerana permohonan telah dibuka sebelum keluar keputusan SPM, maka permohonan adalah menggunakan keputusan percubaan SPM masing-masing. Kebiasannya penilaian akan diselaraskan mengikut keputusan sebenar masing-masing bila ia keluar kelak.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, anda digalakkan untuk menghubungi :

Email: [email protected]
Hotline: 03-86842363
Maklum Balas Pelanggan: https://jpt.mohe.gov.my/-maklumbalas/
UPUCHAT: https://upuchat.org/
UPUPOCKET (Muat Turun di Google Play Store, App Store, AppGallery)
Media Sosial:
– TikTok: @bkpaupu
– Facebook: kemasukan bkpa jpt
– Instagram: @kemasukanbkpa

Diharapkan tips dan cara permohonan UPU 2024/2025 tahun ini berjalan lancar. Jangan lupa share dan sebarkan pada rakan anda supaya ramai mendapat manfaat melanjnutkan pengajian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *