Tips Cari Biasiswa Pengajian Luar Negara

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jika keputusan peperiksaan anda baik semestinya anda memerlukan tips untuk cari biasiswa pengajian di luar negara. Keputusan kemasukan pelajar IPTA baru sahaja keluar. Tahniah kepada mereka yang dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi mereka yang tidak dapat, usah putus asa. Pasti ada rezeki anda nanti.

Tips Cari Biasiswa Pengajian Luar Negara 1

 

Bagaimana Cari Biasiswa Pengajian Luar Negara

Peka dengan tarikh tutup permohonan

Formula untuk mencari dan mendapatkan biasiswa ialah A & S: ALERT and SMART. Tawaran biasiswa selalunya dibuka awal dan tempohnya sekejap saja. Jadi sentiasalah ALERT dengan setiap tarikh tutup tawaran dan peraturan yang dikenakan.

Sewaktu mengisi borang biasiswa, jadilah SMART dalam pengurusan masa dan teknik untuk menjadikan diri ‘outstanding’.

Mengambil peperiksaan International English Language Testing System

Kalau di Malaysia nak sambung Degree kena ada MUET, tapi kalau nak ke luar negara korang kena ambil exam IELTS.

 Rajinkan diri cari biasiswa di website dan portal portal. Ini terdapat beberapa biasiswa untuk pelajar Malaysia ke Luar negara.

Tips Cari Biasiswa Pengajian Luar Negara 2

  1. JPA. Selalunya pelajar lepasan SPM akan cuba mendapatkan biasiswa JPA untuk belajar di luar negara.
  2. MARA. Untuk mereka yang nak belajar MA/PhD di luar negara, selalunya tawaran pinjaman MARA akan dibuka pada bulan Februari/Mac dan tempohnya sekejap saja.
  3. SLAB/SLAI: Khas untuk tutor/fellow/pensyarah dari institusi pengajian awam. Para pensyarah IPTA sememangnya dimestikan untuk mempunyai PHD, jadi tiada masalah untuk biasiswa. Cuma para pensyarah perlu berusaha untuk mendapatkan surat tawaran universiti sebelum memasuki sesi temuduga bersama ahli panel yang selalunya terdiri daripada para profesor dan unit cuti belajar.
  4. Yayasan Khazanah: Jika berminat, sila pastikan anda sudah mempunyai tawaran universiti sebelum membuat permohonan
  5. Yayasan/Kerajaan negeri: Sila semak negeri masing-masing. Setahu saya Yayasan Terengganu ada menawarkan biasiawa untuk anak-anak Terengganu untuk pengajian di dalam dan di luar negara.
  6. Zakat: Sila semak zakat di negeri masing-masing. Orang yang menuntut ilmu di jalan Allah termasuk dalam golongan asnaf juga.
  7. Chevening Award: Ini adalah biasiswa yang berprestij daripada United Kingdom. Para pemohon biasiswa ini mesti mempunyai pengalaman kerja tidak kira samada pekerjaan tetap, sementara atau sukarela selama 2 tahun atau 2800 jam.
  8. Commonwealth Scholarship: Biasiswa ini khas untuk mereka dari negara-negara komanwel. Tarikh tutup permohonan berbeza mengikut negara, jadi sila semak website biasiswa komanwel Malaysia.
  9. Korean Government Scholarship: Biasiswa kerajaan Korea khas untuk pelajar antarabangsa. Proses pemilihannya sangat ketat dan bilangan calon yang dipilih mungkin berubah setiap tahun. Sila rujuk website kedutaan Korea untuk keterangan lanjut.
  10. Japanese Government Scholarship: Biasiswa kerajaan Jepun untuk pelajar antarabangsa. Sila rujuk kedutaan Jepun untuk maklumat
  11. Biasiswa Bank Negara (pra-universiti, ijazah, lepasan ijazah)

Para penerima biasiswa ini diberikan kebebasan untuk meneruskan bidang pengajian masing-masing di universiti terkemuka di mana-mana negara pilihan mereka. Biasiswa Siswazah dianugerahkan kepada individu yang layak untuk meneruskan, atau sedang mengikuti pengajian pascasiswazah dalam bidang pengajian berikut di universiti-universiti terkemuka terpilih tempatan dan global. Kursus Di universiti terkemuka dalam dan luar negara terpilih:

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang

Senarai Biasiswa boleh yang ditawarkan boleh dilihat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

https://www.moe.gov.my/biasiswa-dan-pembiayaan/biasiswa-luar-negara

Semoga semua mendapat berita gembira dan berjaya!
Tips Cari Biasiswa Pengajian Luar Negara 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *