Tips dan Pengalaman Temuduga IPG PISMP

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Bidang perguruan merupakan salah satu bidang yang popular sejak akhir ini.  Bidang perguruan dianggap lebih terjamin kerana ada pendapat yang mengatakan ia mudah untuk dapat bekerja.  Namun demikian realiti sebenar tidaklah sebegitu kerana untuk menjadi seorang guru tidaklah semudah yang disangka kerana banyak  kriteria yang perlu dipenuhi sebelum bergelar seorang guru.

Untuk belajar dan menyambung pengajian sebagai seorang guru banyak tapisan yang perlu dilalui oleh calon.  Salah satu antaranya calon perlu belajar di IPG untuk pengajian PISMP.

Sekiranya anda layak untuk  memohon PISMP di IPG. Tapisan permulaan yang perlu anda tempuhi ialah sesi temuduga yang diadakan.   Terdapat dua sesi panggilan temuduga yang perlu anda tempuhi yang mana tapisan temuduga pertama bagi yang layak dan temuduga kedua adalah bagi yang lulus temuduga pertama.

Kedua-dua temuduga ini mempunyai penilaian yang berlainan iaitu:

 Temuduga pertama

Kebanyakan calon yang memohon PISMP  yang melepasi syarat kelayakan akan dipanggil untuk sesi temuduga pertama.  Sesi temuduga pertama ini adalah melibatkan ujian kecergasan dan ujian psikometrik.  Ujian kecergasan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang menguji kesihatan dan kebolehupayaan calon seperti tekan tubi dan larian.

Ujian psikometrik ialah ujian yang boleh menunjukkan kecenderungan anda sebagai seorang guru.    Ujian psikometrik ini boleh memberi gambaran kepada penilai bahawa anda layak ataupun tidak dari segi sikap untuk menjadi seorang guru.

Temuduga kedua

Tidak ramai yang akan dipanggil untuk temuduga kedua ini. Hanya mereka yang telah duduk syarat ujian kecergasan dan ujian psikometrik sahaja yang akan dipanggil ke temuduga kedua ini.   Temuduga kedua ini, calon akan dibawa untuk sesi temuduga secara berkumpulan dan temuduga individu. Soalan yang biasa ditanya ialah berkaitan dengan pengenalan diri, Kenapa hendak menjadi guru,  soalan pengetahuan am, isu semasa, isu politik dan maklumat maklumat penting berkaitan pendidikan serta dasar pendidikan.

Cara pelaksanaan sesi temuduga pula ialah kebiasaannya lebih menguji penggunaan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi dan  ada juga kelainan dalam pengisian temuduga kerana ada juga soalan-soalan yang berkaitan dengan Bidang yang dipilih calon

Sekiranya anda lulus untuk temuduga kedua,  ia menunjukkan anda semakin hampir untuk diterima.  Namun demikian untuk masa akan datang maklumat dan tips yang diberikan Mungkin mengalami perubahan mengikut pengujian terkini dari penemuduga.

Diharapkan maklumat yang diberikan pada kali ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran serta perkongsian berkaitan dengan temuduga PISMP di IPG.

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x