Tips Dan Senarai Persediaan Masuk Matrikulasi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips Dan Senarai Persediaan Masuk Matrikulasi 1

Sekarang pelajar SPM sedang menduduki peperiksaan SPM, so belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menjawab peperiksaan SPM. Ok, jom kita teruskan misi utama penulisan kali ini.

Setiap pelajar yang menduduki peperiksaan besar seperti SPM, mereka mengharapkan selepas sahaja tamat pengajian SPM ini mereka layak untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Adakah SPM ini penting?
Setiap apa yang kita duduki samaada peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan besar seperti SPM ini penting. Hal ini disebabkan, setiap peperiksaan merupakan salah satu kayu ukur bagi memperlihatkan samaada kita faham atau tidak akan satu-satu subjek itu. Dan SPM ini ada ticket untuk sambung pengajian yang seterusnya.

Selepas tamat pengajian SPM ini pelajar mempunyai pelbagai cabang untuk terus ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Salah satu cabangnya adalah:-

  • ​Tingkatan 6
  • Matrikulasi
  • Sijil
  • Diploma
  • ​A-level
  • ​Kemahiran

Nampak tak, sekarang kita mempunyai pelbagai cabang untuk sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai jalan hidup yang berbeza kerana semua itu Allah telah tetapkan sejak kita berada di dalam kandungan ibu lagi. Jadi, jangan pernah berputus-asa dengan apa yang kita ada.

Sebelum kita lagi dari misi utama, lebih baik kita sambung bercerita serba sedikit berkenaan dengan cabang yang menjadi tumpuan para remaja zaman sekarang. Cabang yang menjadi tumpuan ramai adalah matrikulasi.

Matrikulasi merupakan salah satu jalan pintas atau mudah untuk kita sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat degree.

Wow, bila dengar jalan pintas mesti umum akan mengatakan kehidupan di metrik ini mudah sebab jalan pintas. Secara jujurnya, metrikulasi sememangnya jalan pintas untuk pergi ke peringkat degree TETAPI harus di ingati metrikulasi juga salah satu jalan gantung diri sekiranya kita tidak mampu mengikuti kadar kelajuan pembelajaran di sana.

Info Tambahan :  Applicant Tracking System: 4 Kelebihan dan Tips Tackle Dalam Resume

MATRIKULASI satu tempat yang sering didengari oleh para pelajar yang bakal menduduki SPM. Tempat yang biasa digembar gemburkan sebagai salah satu pusat pengajian yang susah untuk mendapat pointer yang tinggi. TETAPI perlu diingati, mereka yang sukar mendapat pointer yang tinggi kerana mereka tidak focus ketika di dalam dewan kuliah.

Matrikulasi ini mempunyai 2 bidang yang berbeza:-

1) Bidang sains

Bidang sais ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :-
​sains tulen dikenali sebagai module 1 (fizik, kimia, bio, math)
​sains fizik dikenali sebagai module 2 (fizik, kimia, math, sains komputer)
​sains hayat dikenali sebagai module 3 (bio, kimia, math, sains komputer)

•Bagi pelajar yang mengambil bidang sains mereka mempunyai pelajar yang mengambil peperiksaan selama setahun (2 semester) iaitu PST (pelajar satu tahun). Manakala ada juga dikalangan pelajar yang mengambil bidang sains yang mengambil peperiksaan selama dua tahun (4 semester) iaitu PDT (pelajar dua tahun). Pemilihan PST atau PDT bergantung kepada keputusan SPM.

2) Bidang akaun

Setiap pusat pengajian haruslah ada baik buruknya. Justeru itu, sebagai manusia kita harus memilih sesuatu mengikut keupayaan kita bukan mengikut keupayaan orang lain.

Antara tips dan senarai persediaan bagi masuk ke matrikulasi ini adalah:-

  • Persediaan mental & fizikal

Persediaan fizikal ini biasanya ditujukan khas buat mereka yang tidak pernah tinggal di asrama. Hal ini disebabkan kehidupan di rumah jauh berbeza dengan kehidupan di asrama. Mereka yang tidak pernah tinggal di asrama sememangnya memerlukan kekuatan fizikal ketika tinggal di asrama kerana semua benda perlu dilakukan sendiri terutamanya membasuh baju.

Info Tambahan :  Upwork vs Fiverr: Mana Best Untuk Freelancer

Kehidupan di sini bukannya mudah atau mereka panggil “honeymoon time” sebab tidak perlu bersusah payah belajar seperti SPM dahulu. Tanggapan ini SALAH 100% kerana waktu di alam metrikulasi ini kita perlu struggle untuk mendapat keputusan yang baik supaya mendapat bidang yang di ingini. Selain itu, masa pembelajaran di sini singkat tetapi setiap subjek yang dipelajari mempunyai banyak pecahan. Justeru itu, kekuatan mental perlulah kuat supaya kita tidak kecundang di tengah jalan.

  • ​Kod pakaian di Matrikulasi

Kod pakaian di sini adalah kemas dan menutup aurat. Bermaksud, bagi pelajar perempua mereka boleh memakai baju kurung / kemaja / blouse untuk pergi ke kelas. Manakala bagi pelajar lelaki pula, mereka perlu memakai kemaja berserta tali leher untuk pergi ke kelas.

  • ​Outing time

Tips Dan Senarai Persediaan Masuk Matrikulasi 2

Jangan terkejut para pembaca, pelajar yang masuk matrikulasi ini di jaga seperti zaman tinggal di asrama juga. Mereka masih mengamalkan outing time. Setiap kali mereka mahu keluar bersama keluarga mereka perlu punch kad pelajar di pondok pengawal (setiap matrikulasi berbeza cara).

Tujuan punch kad adalah bagi mengelakkan pelajar keluar daripada metrik sesuka hati dan bagi mengelakkan sebarang incident yang tidak di ingin berlaku diluar jangkauan pegawai. Buat pengetahuan umum outing time ini hanya pada hujung minggu sahaja bukan pada waktu bekerja. Pemantauan outing sangat ketat bagi memastikan pelajar mengikut arahan yang diberikan.

Jadi, bagi pelajar yang mendapat tawaran sambung belajar ke mana-mana institusi perlulah sentiasa focus dan tiada istilah “Honeymoon time”. Buatlah persediaan awal samaada dari segi mental atau fizikal supaya segala rintangan boleh dihadapi dengan tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *