Tips Memikat Hati Majikan Di Tempat Kerja

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apabila anda bekerja dalam sesebuah syarikat mahupun jabatan kerajaan, pastinya anda akan berhadapan dengan pelbagai  ragam bos yang berbeza. Persoalannya di sini, bagaimana anda boleh memikat hati majikan anda itu agar anda dan bos dapat bekerjasama dalam keadaan kerja yang tenang lagi mendamaikan.

Memikat Hati Majikan
Memikat Hati Majikan

Tidak dinafikan, mereka yang bergelar bos punya ragam tersendiri dan cara kerja mereka tersendiri yang perlu kita ikuti. Namun, anda harus bijak dalam menawan bos anda. Ada jenis bos kelihatan tenang dan tidak menyerabutkan pekerjanya. Namun ada juga jenis bos yang tegas dan  agak merimaskan pekerja. Tetapi, ia bukan penghalang untuk anda untuk terus kekal  dengan rasa ketidakkeselesaan yang anda alami sepanjang bekerja di bawah bos anda itu. Ambil  tindakan yang dapat membantu anda dalam dengan memikat hati bos  anda itu. Memikat bukan membawa maksud membodek ye.

Memikat Hati Majikan

Antara tips yang dapat anda gunakan untuk memikat hati bos, dapat saya kongsikan di bawah ini.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Menjadikan kelemahannya sebagai kekuatannya

  • Perhatikan setiap kelebihan yang bos anda miliki dan kuasai kelebihan yang tidak dia miliki. Contohnya, jika bos anda tisak suka berucap di depan khalayak ramai, maka anda perlulah kuasai kelbihan yang dia tidak miliki itu dengan menawarkan diri  untuk menjalan perhimpunan pagi.  Sekiranya anda dapat menguasi kelebihan yang bos anda miliki, ia merupakan satu bonus buat anda. Bos anda akan melihat anda sebagai pekerja yang dia perlukan maka  ini memudahkan anda untuk merapatkan diri dengan bos anda itu.

Jangan takut untuk melontarkan pandangan anda.

  • Jika dalam sesebuah mesyuarat, andai anda tidak bersetuju mahupun kurang bersetuju dengan usul yang dikemukakan, anda boleh  melontarkan pandangan anda. Jangan takut untuk berkata tidak. Namun, perlulah didingat, ia nya perlu selari. Maksud saya disini, sekiranya anda membantah usul  tersebut, anda perlu memberikan usull yag lebih bernas dan membawa seribu satu kebaikan buat syarikat. Bukan sekadar membantah kosong tanpa usul yang memberangsangkan. Jika anda dapat lakukan sebegini, secara automatik, pandangan bos  terhadap anda boleh berubah dan mungkin bos anda punya hormat lebih kepada anda.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Rajin memepelajari segala skop kerja.

  • Bukan bermakna ingin tunjuk lebih mahupun tunjuk pandai jika anda mempelajari segala skop kerja. Namun jika anda boleh mengusai segala skop kerja dan selok belok tugas kerja dalam syarikat mahupun jabatan anda bekerja, bos anda akan lebih mempercayai anda tanpa rasa ragu untuk meminta anda mengambil alih tugas –tugas kerja yang lain selain dari tugas kerja anda.

Menerima kritikan dengan hati terbuka.

  • Jika anda sedang dikritik oleh bos anda, jangan mudah melatah dan marah. Tetapi ucapkanlah tanda terima kasih kepada bos anda kerana menegur kesilapan anda.  Setelah anda menerima kritikan dari bos anda itu, anda mintalah jalan penyelesaian  dan cara memperbaikinya dari bos anda untuk setiap kritikan yang dia lontarkan.  Dengan menjalankan  saranan dari bos anda dalam memperbaiki juga menyelesaikan masalah , bos anda akan merasa lebih dihargai.

Memperhatikan dengan terperinci

  • Perhatikan keperibadian bos anda dengan lebih terperinci. Kenali dirinya serta ahli keluarga bos anda.  Selidik setiap kesukaan dan hobinya. Contohnya, jika bos anda punya hobi suka memancing, sesekali anda boleh mengajaknya keluar memancing di tempat yang bagus dan berkongsi rasa kepuasan memancing bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *