Tips Memilih Batik Mengikut Kesesuaian Persekitaran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tips Memilih Batik Mengikut Kesesuaian Persekitaran 1
Pelbagai Pilihan Batik

Batik merupakan corak unik pada kain yang perlu dipilih untuk kesesuaian persekitaran atau majlis yang hendak dihadiri. Mungkin sedikit tips mengikut kesesuaian persekitaran perlu dibincangkan.

Batik..sungguh menawan dan tertawan tapi harganya pun agak la mahal. Jadi kena la menyimpan sikit. Nak memilih pun kena la hati-hati. Round satu bangunan kedai.. tanya sana tanya sini..maklum la nak beli barang yang berharga buat kita. Kena la pilih yang betul-betul puas hati, bila memakai senang hati.. 😀 ..So… kat sini ada beberapa tips untuk kita beli batik.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Untuk ke Tempat Kerja

  1. Pilih batik yang berkombinasi warna gelap atau pastel, serta bercorak geometris agar penampilan anda tetap namak rapi, ringkas, dan formal.
  2. Bila tubuh Anda kecil pilih batik yang bermotif corak berukuran sedang dan lebih besar agar bentuk tubuh tampak lebih profesional.
  3. Jika Anda bertubuh besar, pilihlah motif batik yang ukurannya sedang. Elakkan dari memilik motif yang ukurannya terlalu besar ataupun terlalu kecil.
Untuk Ke Pesta atau Majlis Keraian
  1. Pilihlah warna serta motif batik yang sesuai dengan jenis acara yang akan Anda hadiri mengikut suasana pesta.
  2. Untuk acara pesta santai atau separuh rasmi, Anda boleh memilih batik bermotif  corak fauna dan flora dalam paduan warna cerah ataupun terang.
  3. Untuk acara pesta yang rasmi, batik bermotif geometris berukuran sedang atau motif-motif klasik dalam sentuhan warna terang atau gelap.
Untuk Majlis Kasual
  1. Pilih batik bercorak fauna dan flora dalam paduan warna cerah sehingga memberi kesan aktif dan ceria.
  2. Jika Anda bertubuh besar pilihlah motif batik yang ukurannya sedang. Hindari motif yang ukurannya terlalu besar ataupun terlalu kecil.
  3. Untuk gaya kasual, kenakan busana berpotongan ringkas dengan aplikasi atau detail menarik.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *