Tips memilih warna dan corak baju sesuai dengan badan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Memilih warna baju dan corak yang sesuai dengan badan akan menampilkan perubahan dengan penuh gaya dan personaliti yang menarik. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri individu. Oleh itu, pemilihan warna dan corak baju yang sesuai sangat penting terutamanya bagi wanita yang berkerjaya.

Tips memilih warna dan corak baju sesuai dengan badan 1
Corak kain

Badan gempal dan rendah

Badan begini sesuai dengan baju berwarna gelap, corak garis menegak atau corak bunga kecil. Elakkan dari memakai skirt labuh yang kembang kerana akan menampakkan lebih rendah dan gempal.

Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini lebih sesuai dengan baju yang berwarna gelap juga serta corak bunga yang kecil. Corak bunga yang besar akan menampakkan lagi kegempalan individu  tersebut.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Badan kurus dan rendah

Orang seperti ini sesuai dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Bagi memperlihatkan dirinya. Corak garis menegak sesuai dipadankan supaya nampak lebih tinggi. Jika ditambah dengan kasut bertumit tinggi dapat membantu menambah ketinggian serta kedewasaan.

Badan kurus dan tinggi

Penampilan baju yang sesuai ialah warna yang cerah dan corak melintang serta bunga baju yang besar supaya mengurangkan dia dilihat terlalu kurus. Corak yang melintang dan besar dapat memperlihat  bahawa individu tersebut lebih gempal.

Selamat mencuba……

3 thoughts on “Tips memilih warna dan corak baju sesuai dengan badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *