Tips Menabung Untuk Pelajar

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Menabung merupakan satu amalan yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi. Ianya adalah bagi persediaan kewangan pada masa hadapan jika kita atau ahli keluarga ditimpa musibah atau sakit. Orang yang boros atau tidak menabung ini pastinya akan mengalami kesulitan pada masa hadapan dimana mereka perlu meminjam dari orang lain demi memenuhi keperluan kewangan mereka pada masa hadapan.

Menabung Untuk Pelajar
Menabung Untuk Pelajar

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk kita menabung terutamanya bagi pelajar kerana mereka memerlukan duit yang banyak untuk belajar dan pada masa yang sama masih perlu menyimpan untuk masa hadapan.

Bagaimana Menabung Untuk Pelajar

Menyimpan di ASB

Selain menyimpan di akaun Tabung Haji, ASB juga penting bagi persediaan kewangan yang bukan tujuan untuk Haji atau Umrah. Pengasingan kedua-dua akaun ini adalah bagi memudahkan kita untuk mengenalpasti duit bagi tujuan Haji/umrah dan lain-lain tujuan. Walaupun anda masih belajar, menyimpan di akaun ASB bukanlah mustahil bagi anda. Masukkanlah duit walaupun hanya RM50 sebulan asalkan anda mempunyai simpanan setiap bulan.

Selain itu, penyimpanan di akaun ASB adalah digalakkan kerana ianya sekarang lebih mudah untuk dikawal kerana sudah mempunyai aplikasi online yang boleh diakses dimana sahaja. Anda juga boleh membuat penyimpanan secara online dengan transfer duit dari akaun simpanan seperti Bank Islam, Maybank, RHB Bank dan lain-lain bank ke akaun ASB. 

Menabung di tabung besi

Cara ini agak tradisional tetapi amat berkesan bagi sesiapa yang selalu boros. Masukkan duit di tabung yang tidak boleh dibuka pada setiap hari walaupun RM1 dan lama kelamaan anda akan dapat melihat hasilnya yang lumayan. Tabung yang tidak boleh dibuka ini adalah untuk memastikan anda tidak gatal tanagan untuk mengeluarkan semula duit yang telah dimasukkan kedalam tabung.

Jadikan sebagai hobi

Jika dahulu ramai yang menjadikan mengumpul stem sebagai hobi. Kini, anda boleh menjadikan mengumpul duit sebagai hobi. Anda boleh mengumpul duit RM5, RM10 atau RM20 sebagai hobi. Masukkan hanya duit RM5, RM10 atau RM20 kedalam tabung dan anda akan dapat lihat hasil lumayan selepas beberapa bulan. Sediakan ‘tabung hijau’ bagi yang ingin mengumpulkan duit RM5 atau ‘tabung merah’ bagi yang ingin mengumpulkan duit RM10. Teknik ini lebih berkesan kerana jumlah yang dimasukkan kedalam tabung adalah lebih banyak berbanding anda mengumpul duit syiling sahaja.

Terdapat macam-macam cara lagi yang boleh dilakukan untuk menabung. Namun apa yang penting adalah semangat dan disiplin yang tinggi dalam menabung serta konsisten dalam membuat sesuatu perkara. Kita perlulah menjadikan menabung itu sebagai satu amalan yang wajib dibuat dalam kehidupan seharian agar menjamin kemudahan pada masa hadapan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of